Monday, April 27, 2009

my babyy...

sebelum aku delete video ni..dalam tepon
(menyemak jer bebanyak video ahaahaha)
baik aku upload sini dulu
wehhehehe


( dia kengkonon nak jadi cam tom tom bak..nyanyi...
sibuk soh tepok tangan... cam apa jer..)


ok yang ni ..dia tengah mekap
ntah la... dia nak jadi mekap artis kot


(aisey..aku tak pernah ajar dia mekap...
dia salu tengok aku mekap...
skang ni dia asik menjahanamkan mekap aku jer
jahanam gak ar purse aku asik nak kena beli jer )


p/s:: saya tak der idea ni
camner design laman web ni
aduh bagi la idea
boleh nak tiru tak idea orang laen...
ehehhe
bang tolong buat header bleh??
lagi pun minggu ni tak der album nak buat kan....
kuang kuang kuang

B.A.n.G # * T

memang bangsat
sapa yang calarkan keta aku
bodo
ko tak de kerja lain ker
kot yer pon ko benci kat aku
keta aku yang ko calarkan watper
bukan aku amik pon parking ko
bodoh!!


p/s:: aku tak pernah pon calarkan keta orang
walau dia buat aku teruk camaner pun
sebab aku percaya
allah akan bayar cash pada perbuatan dia

Saturday, April 25, 2009

AF

nak ikut kan..
aku ni peminat af dari af 1 lagi
tapi aku tak tau la
pesal apa lately ni aku memang dah
tak interested lagi nak tengok
dulu tak pergi memana hari hari
semata mata nak tengok

ok kita imbau balik .. AF1
persembahan yang aku paling suka masa af 1
adalah yang ini
kiranya kalo cakap af 1
aku akan ingat dia



kalo af2 aku suka ini



AF 3



dengan satu lagi masa keifli nyanyi lagu berhenti berharap by sheila on 7
kat dataran putrajaya tuh


tak jumpa video keifli nyanyi masa konsert tuh ehehehe

AF 4



AF 5



AF 6



AF 7

tak da sebab aku tak tengok dan tak minat
soriiiii



p/s:: dah jatuh chenta pada dia...



tapi masa ni dia kecik lagi...sore sengau lagi laaa..
tapi lagu dia best...sedey giler


Thursday, April 23, 2009

tahniah, semoga berjaya

ok... at last...
she's got it..
congratulations bos
saya doakan bos berjaya
in your career path..


p/s:: i guess it is your best birthday present you ever had kan??
( cheh...macam la bos aku baca blog aku kan... kaakkakkaka)

zaman kegemilangan wjn

sebenarnya dia ni ada sentimental value kat aku
tapi tulah
nak buat camana..
setelah tujuh tahun
setia menemani aku ke sana kemari..
berdating..
bergathering
melepak sampai lebam tak hingat masa zaman projet wmaju
perghhh bess

sampai dah kawen
dah beranak pinak
dah jauh kami ni berjalan...
apa kan daya jodoh takder..

ni antara gambar kenangan aku dan dia....

(di petik dari majalah gila kereta.. keluaran bulan bila tak ingat..tapi 2006 )

gambar aku nan ado..
masa photoshoot ni aku pergi sekali...
tapi aku menolak permintaan untuk bergambar sekali ahhahahhahhaha
konon... sebab masa tu tengah pregnan kan dania...

dan lagi...

(ni plak petikan dari majalah kereta keluaran 2006 gak..bulan pun tak ingat.... ehehhee)


huhuhuuhuhu.... nan ado gak gamba den...
den malu....
tapi lepas kes ni


semua item rare..sold out... sedih siot...

dan kini dah dekat setahun aku tinggalkan dia
mungkin dah ada owner baru yang pakai
so far tak pernah terserempak lagi....


p/s:: aiyohhh rindu la ,,,zaman kegemilangan dulu...

a day for members..

ada members j card ari nih
so.. i nak pergi
lallalallallalallalaaa...

tak tau nak beli apa,
mungkin window shopping ehehhehe

saya sukaaaa.....



p/s:: pepagi dah dapat panggilan hangit kat hp..
ketaq lutut cheq.. tak tau ar nak kata apa dah..
nasib nenek tu tak mara cheq..
dia cuma mintak kat cheq data jer...
selamat...

ini hanya ilustrasi penulis... nenek itu bukan begini rupanya...

Wednesday, April 22, 2009

mereka... jantung hati saya

melentur buluh biar dari rebungnya...
saya sayang mereka..
mereka la jantung hati saya...



::sila abaikan bilik ku yangtak berkemas itu..ehehhehe



p/s:: saya teringat kenangan saya mengaji dengan emak saya tiap tiap malam lepas maghrib...
sangat syahdu....


oh yer birthday emak saya hari ini...
ok nak call dia la...

tiada tajuk

sebenarnya
bukan aku malas nak update
tapi mood nak update takda
ntah... cam hilang interest nak jadi blogger tegar
wahhahahha

aku menyampah tengok certain ppl
tengok perangai orang yang
very annoying
tapi aku terpaksa buat cool jer
terpaksa buat bangang..
benci ...sebab terpaksa berpura pura

tapi aku rasa memang melayu ni macam tu kot
fitrah dia..
baru pegang title sikit
dah act...
cam kat sini

fitrah manusia yang bernama melayu kot
cemana melayu nak maju
kalo sifat camni ada..



p/s::lu fikir la sendiri

Monday, April 20, 2009

popoyo

ok dah lama tak update
macam macam jadi
macam macam ragam
teringat citer pocoyo
danial suka tengok citer ni

tapi dania cakap popoyo
ahahhaa
( maafkan dia sebab dia kan pelat sikit..)

automatically aku teringat kat sorang mamat poyo ni
macam bagus jer
kalo betul bagus takper
kalo ko yer pon ko bagus sangat...
jangan la memperlekehkan orang laen
aku pon tak kisah la kalo ko nak cakap apa,
nak betul kan orang ke r apa ker
at least gaya bahasa ko tu..
budi bahasa budaya kita..



p/s:: gurau gurau gak... tapi certain things ko tak perlu la gurau lebeh lebeh,
sampai ko memperlekeh, memperkotak katik, dan pandang rendah pada orang...
kengkadang tak semua benda yang kita tau,
ada yang kita rasa kita tau, tapi actually kita tak paham pun,
... tapi kita ego, hipokrit,
konon senior, sumer benda tau,
pathetic betol tengok ko

Tuesday, April 14, 2009

kezutannnnn...

terkejut beruk aku dapat sms ari ahad lepas


kaklung : wei aku masuk ward, kencing manis tinggi, malam tadi tinggi 20 lebih aku: ya allah, ward mana? anak ko cemana/ ya allah pompuan ni... kaklung : ward 7c, hospital serdang

kelam kabut aku mandi pastu pi breakfast then shoot ker hospital teruk gak, kiri kanan kena cucuk masuk air n insulin, dan ubat juga aku tak paham, dia tak gemok, dia juga belum mencapai 40 an lagi... tapi apasal dia boleh kena waktu aku melawat semalam ( semalam ada perbarisan penutup sukan staf, lepas tu aku cabut pi hospital) level gula dalam darah dia dah decrease ker 10.4 berbanding hari ahad hari tuh 17.6 sian dia...

Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?

Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis.

( sumber dari sini )



p/s:: fakta atau auta??

Wednesday, April 08, 2009

ahahhaha lawak giler

ahahhaha
tadi izzah bukak youtube
pastu dia bukak muzik muzik zaman tok kadok
aku tengok gelak nak mamposs ar
bodo jer pengacara zaman tuh
rancangan hiburan tapi baca cam ulas sukan
cam baca berita pon ader
dah ar dia nyer opening montaj lama giler
bebalik muka penyanyi tuh
muzik pon cam ala ala jer

nak nak si ida nerina a.k.a miss ida gorgeous
seperti bebudak af7 tu panggil
gila tak lawa ida nerina tu masa dulu

korang layan nih



p/s:: gila harem lawak siot....

mediaxel

ramai orang cakap aku makan ubat pil diet
aku nak terangkan kat sini
jangan salah faham
ini bukan pil diet
mediaxel adalah pil pecah lemak
fungsinya adalah untuk membantu memecahkan
lemak lemak berlebihan
atau lebih senang kita panggil selulit
ehehhe

dulu masa aku lepas deliver danial
kakngah yang bagi aku ubat ni
tapi dulu aku beli kat klinik jer
sekang beli kat farmasi jer

aku still lagi amik pil pecah lemak ni
tapi dah 3-4 bulan aku benti amik
memandangkan berat cam dah naik balik
so aku start amik balik
kalo korang google kan
mediaxel ni kena amik ngan duromine
ker kalo tak salah

"Duromine is a proven medical pill to help you reduce your body weight. It will control your appetite and make you do not want to eat. To be taken daily, usually at breakfast, it will help you lose your weight and get the desired weight."

tapi kalo nak turun berat.. boleh amik mediaxel ngan reductil,
fungsi reductil sama ngan duromine
membantu mengawal nafsu makan
jangan silap disitu...
dia bukan pil diet yang tak diiktiraf yer...


p/s:: aku nak beli reductil la... ehehhehe

Tuesday, April 07, 2009

jom.. sama sama pecah kan lemak....

berat saya dah naik
jadi saya dah tekad...
nak turun kan balik mana yang patut
( ker aku jer yang rasa berat aku dah naik..??)

arghhh tak kira....
aku rasa suar jean dah mula mengetat di sebahagian tempat...

jadi mari kita sesama bersenam
5,6,7,888888888


angkat kaki berselang seli sebanyak 10 kali
pusingkan tapak kaki mengikut arah jam


baring telentang dan angkat kaki ke atas, gerak kan kaki ke kiri dan ke kanan 10 kali


duduk tegak dan kaki dibengkokkan, kebelakangkan badan anda dari kedudukan asal, ulang 10 kali


duduk tegak di atas kerusi, bengkokkan kaki dan angkat kaki ke atas dan turunkan kembali, ulang langkah ini 10 kali


duduk tegak, besila, angkat tangan keatas dan bengkokkan seperti dalam gambar, ulang dengan tangan kiri dan lakukan juga sebanyak 10 kali


berdiri tegak, letakkan tangan dikepala, dan bengkokkan kaki serendah yang mungkin sebanyak 10 kali


dudk tegak bersandar di dinding, angkat kaki dan luruskan, dimulai dengan kedepan, kekiri dan kekanan tanpa kaki mencecah ke lantai 10 kali


baring mengiring dengan tangan dibelakang kepala, kemudian angkat badan menghala ke sisi dalam kiraan 10


tundukkan badan, tangan kanan cuba mencapai kaki kiri dan tangan kiri mencecah kaki kanan, ulang sehingga 10 kali

dan akhir sekali


baring terlentang, angkat bahagian punggung ke atas sehingga kaki anda mencecah kepala anda sendiri tetapi badan masih lagi melekap di lantai. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali


p/s:: anda sudah pun membakar sebahagian lemak dan selulit
di bahagian perut dan peha anda
selamat mencoba.... :)

Monday, April 06, 2009

X Men Origins : Wolverine

watched this movie last night..
ahahhahahha
altho before its official release and incomplete
but it highly recommended

The movie is scheduled for release on April 29 in Australia and UK, and May 1 in the US.

Jackman, 40, who returns as a clawed mutant seeking revenge for the murder of his girlfriend, and 20th Century Fox are due to unveil “world exclusive” footage from the film at a press conference in Sydney next week.


p/s:: kelako plak tengok muvi yang 80% siap...
nampak sumer tali tali bagai...


Sunday, April 05, 2009

u have my heart...TOMOK

again...
he did it

owhhh... omg

speechless




p/s:: see u in the final bro

Friday, April 03, 2009

kursus lagi...

lupa nak bagitau
saya ada kursus joomla
1-2 april hari tuh

saya sangat suka kursus ini...
maklumlah bodo sangat bab bab cemni kan..
tade experience




ahahaha...gamba kecik sajork... layan jer kan

oh ..sudah ader video..
tq chekgu noraini..




digunakan atau dipergunakan

2 perkataan yang mempunyai kata kerja yang sama
tapi lain maksudnya

oh.. saya sangat tensi
bila lah agaknya saya akan pindah tempat kerja
saya nak buat kerja yang sepatutnya saya buat

saya tak suka orang lain mempergunakan saya
saya juga ada kehidupan
saya bukan babisitter
sesukahati suruh saya pergi ikut sana sini
untuk jaga anak dia

bak kata orang anak kera dihutan disusukan
anak sendiri..???
sampai ada yang panggil saya mak kera..
cis tak guna korang..

kang saya cakap tak nak kang..
cakap tak kenang budi plak.. payah la

tolong la mak angkat..
bawak saya turun tinggal ngan makkkk...!!!


p/s:: saya teringin nak pergi cuti cuti di obersea laaaa...

aku suka dia... TOMOK... he's coming back...

aku suka dia la...
dulu aku menci tau
sengau semacam
tapi dia sangat okeh skang















ahahhaha..hamek ko... sumer best...
tunggu malam nih plak


p/s:: please vote for him
type YES and sent to 33399