Friday, November 25, 2011

The thing i keep ignored

Rumah aku ni, everytime barang dapor habis, hubby mesti ajak kuar beli ( ahahhaha popoyo plak macam aku sorang jer) , maksud aku, ajak pergi shopping groceries la kan... Setiap bulan kadang kadang 2-3 kali gaklah beli barang dapo.. Tapi setiap kali shopping brg dapo, aku selalu elakkan diri dari tengok total yang hubby kena baya.. Tak tau kenapa, mungkin aku rasa bersalah kot sebab pakai amik jer apa barang yang aku rasa perlu( kadang kadang yang kurang perlu pun aku sebat- buat tutup mata sebelah) tapi most of the time aku amik yang betul betul dah habis stock la

Tapi tuhla, aku avoid tgk pos machine tuh, seboleh boleh nya aku tak nak tau berapa total yang laki aku kena bayau ahahhahaha, sian dia... Tapi tu dah tanggungjawab dia kan... Ngeee

Ok pagi ni aku nak cerita pasal satu benda. Erm aku ni kadang kadang kalo curious nak tau pasal satu benda tukan aku mesti nak tau juger, rasa macam hidup tak lengkap kalo tak tau, walaupun dia macam takder kena ngena ngan aku tapi.... Aku nak tau juger sebab dia citer sikit sangat, cerita plak best n interesting kan??

Betulla kata orang less is more

Pelik

Pelik tapi benar,

Benda yang jarang jarang kita dapat lihat, bila jadi depan mata, nak taknak kena percaya

Tapi sungguh weird la, tak tahu camana nak digambarkan, just go with the flow la kot

:)

Wednesday, November 23, 2011

Khalwat



Tadi ada kawan aku post dalam group pasal iklan berkhalwat . Iklan ni ada dalam emel jpa, jadi dalam group ni derang bincang la ..... Tetiba aku menyampuk yang aku bekerja dengan budak lelaki kerani sementara dalam satu bilik, actually ada 3 orang semuanya, aku , 2 clerk satu laki n satu perempuan, tapi kalo budak perempuan ni pergi kursus tinggal aku berdua jer dengan clerk yang soranglagi, pintu bertutup n aku tanya adakah ini kira berkhalwat?? Niat kita adalah bekerja, ko buat kerja ko n aku buat kerja aku.. Ko buat hal ko n aku buat hal aku, n sometimes kita bercakap if ada benda yang need us to discuss ..

Persoalannya, adakah bekerja dalam satu bilik bersama bukan muhrim tapi tidak melakukan apa apa yang ditegah itu berkhalwat?? Jika kita lihat maksud berkhalwat itu sendiri ialah berdua - duaan di satu tempat dimana tiada orang lain yakni bersekedudukan atau berkurung atau bersenbunyi aau bercunbu cumbuan di mana mana tempat yang mendatangkan syak dengan seorang yang bukan muhrimnya adlaah melakukan keslaahn khalwat....

Makanya, kalo niat kita bekerja adakah kita dikira berkhalwat??

Dan adakah plak kalo kita bekerja bersama dalam satu bilik boleh mendtangkan fitnah???

Waallahualam..

Mentaliti

Kenapa mentaliti rata rata orang melayu la khususnya kadang kadang kolot ek? I mean, sometimes they tend to think benda benda yang tahyul tu terlalu banyak sangat sampai kadang kadang dia boleh mengakibatkan fitnah, contohnya, kalo seseorang tu sampai ajalnya kat rumah ( dalam bahasa pasarnya dia mati kat rumah ) pastu rumah tu orang mesti takut n kadang kadang derang buat cerita bukan bukan padahal takda benda tahyul pun yang jadi... Napa ek ??


Kalo korang tak paham, aku lagi tak paham

Forgiven

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Friday, November 18, 2011

Jumaat kedua

Hye salam jumaat semua, feeling #tgif begity meneballll, tak sabar tak sabarr ...

hari jumaat ini dimulakan dengan meeting .... Seawal 830 am, 930 am dah ada kat ex off sebab ada majlis penganugerahan sijil kik... Makan makan.. Balik off jumpa bos.. Sekejap dah pukul 12.. Jumaat saya bukan macm jumaat dua tahun lepas, saya boleh pergi ke mana mana bila hari jumaat.. Sekarang, kena amik anak , hantar anak... Itulah tengahari saya, tiada lunch dalam kamus tghari kat office

Dan petang jumaat ini juga ditutup dengan meeting juger.. Post mortem kik,


Paling sy suka bila meeting ialah ada makan... Nyum nyummmm, yerlah saya tak amik lunch , tak sempat, jadi sy dapat makan kalau ada meeting jer ahahahahhaha

Ok gtg.. I love petang jumaat... Mood saya sangat baik hari ini ;)

Monday, November 14, 2011

Takut pada bayang bayang sendiri

Kenapa kena takut pada bayang2 sendiri?? Sebab sendiri buat salah n selama ni ko belagak macm bukan salah ko then sekarang ni ko takut orang reveal salah ko?? Tu yang ko tanya sana tanya sini tuuuu , kah kah kah kesian kesiann

Friday, November 11, 2011

Sensitiviti

Kadang kadang ada sesetengah manusia ni takda perasaan tau... Aku pun tak tau la dia ni sekolah habis ker tak.., tapi nonsense ok

Ada kawan aku ni, bg tau yang ayah dia baru meninggal lepas maghrib, ada plak malaun yang klik like.. Eh eh ni ko klik like ni sebab ko suka bapak dia mati ker ataupun menandakan ko uvap takziah sambil membacakan al fatiahh untuk si mati, kemon laaaa tak boleh ker ko taip takziah or alfatihah ker instead by clicking the like button?? Aiyooooo o.t.a.k.l.e.t.a.k.k.a.t.l.u.t.u.t

A stupid Q

Terbaca dalm twitter pelakon suam suam kuku ni, pelakon Spa Q tu.,, ada ke patut tanya "kenapa perlu ada spm?" #alahai dek non... Nampak nau ko nyer iq bawah paras laa... Ish ish, ingat dengan ada kecantikan boleh menjamin masa depan kew?? Memuda ni boleh la ko tak perlu spm, nanti dah tua sok baru rasa implikasi dia, siap menyesalllll tak buat yang lebeh baikk masa spm

Aku ingat nak jer balas tuit tu yang berbunyi " susah sangat takyah la sit spm dek non, amik pon result lu lebeh kurang jer macam tak amik " keh keh keh

Fanatik

Baju fanatik ni dah berusia dalam 16 tahun, dapat baju ni dr someone special pada masa tuh la, waktu tu umur aku 16 taun, dia beli senyap senyap n surpriseeeeee, dapat kat aku la...

Kalo tengok depan dia design krumania, krumania rilis masa aku form 3, 1994.. Baju ni dpat setahun lepas tu 1995..

Buat masa ni baju ni la paling aku sayang... Bila pakai terasa memang aku peminat fanatik kru

Thursday, November 10, 2011

Day 1

Katanya day 1?? Ni dah hari kesepuluh dalam november... Salah tu dek non, konon jepun sangat la ko kan??? Aptb

So macam macam jadi ari ni, jumpa kawan kawna lamaa yang dah lama tak tanya khabar, terserempak dengan perempuan perasan dia bagus ( ooo ni dah selalu jumpa ), dapat tau stalker curi curi stalk tweeter ( kah kah kah , yang ni lawak.. - part ni aku biar dulu ) kisah blogger perasan dia kimora yang tak boleh diterima oleh segelintir tweeples, kisah artis tetek FHM ngan cek ta, gamba kad kawen zahiril adzim ngna michelle melodi, paling best baca kisah luahan hati pompuan tak sedar diri yang terlalu pathetic arghhhhh terlalu banyak info laa dalam satu hari... Semua ni otak nak kena hadam dulu baru boleh jadi maklumat...kalo tak.. Semua ni sampahhhhh jer

Wasap kawan kawan lama?? Terharu juger korang masih lagi baca blog aku ni, walauoun berzaman aku tutup kisah suka duka.. Sekarang ni tweeter ada, fb ada, ada whatsap , ada imessege, bbm, ada line ada viber, instagran , lemeleme, pergh nak list down banyak, macam macam channel ada, semua di hujung jari jer kan, jadinyer maklumat tu cepat jerr sampai, makanya use it wisely... Mulut spa yang longkang? Kita tengok nanti ok??

Pathetic

Kesian tengoknya, dear ...u tried to hard to make people likes u..


Mungkin ko dah lupa agaknya, apa yang kodah buat kat aku, tapi takpa, aku ni pemaaf orangnya, aku buat buat lupa jer la apa yang ko dah buat kan, seseorang yang tinggi iman dia tak akan berdendam sesama manusia.. Jadi let bygone be bygone la kan,


Tapi apa kes, kalo ko merungut sana sini??? Apa akudah buat kat ko?? Pathetic betul ko ni kan?? Aku tak cakap apa n aku diam seribu bahasa, sebab apa aku buat macam tu?? Sebab akward la kan, lagipon aku taknak keruhkan keadaan, tapi kalo ko dok rungut sana rungut sini, tension la, tak boleh blah la, tak selesa laa... Apa ko dapat?? Ko tetapppp la kena hadap aku.. Katanyaaaa

Ni ko bising kat sini, kat sana, bukan aku takder orang yang bgtau, pastu kawan kawan terdekat dok reply?? Apa terjadi hari pertama laa?? Tak sabar ker laa?? Apa ni?? Kira nasib baik laaa kan aku tak bukak cerita tu balik... Aku kalo ikut hatii eeeeee nasiblaaaa aku ni dah #makcik kan?? Katanya aku ni makcikk... Fine laaa apa apa la makcik ker tua ker apa ker, tapi hormat la sikit macam mana aku hormat ko.. Sepatutnya ko ada kesedran sikit la dek non.. Aku try nak act biasa jer, tapi ko yang buat luar biasa, jadi itu masalah ko ok??


P/s; pesan kat kawan jangan la nak jadi batu api sangat, n ko jangan la nak besar kan citer, aku tak buat apa apa pun kat ko, kacau ko pon tidak, pandang pun aku tak... Kan??? Jadi MYOb

Tq

Sunday, November 06, 2011

Salam aidiladha

On the way pergi masjid sembahyang raya.. Dengar takbir raya... Sejuk hati.. Dalam masjid dapat tempat kat dalam, jadi ada ekon, dudk tepi sliding door, ada makcik ni nak dok menyelit tepi aku, katanya kaki dia tak leh lipat lama lama, jadi nakkan space besar sikit... Yerla makcik, dudukla sebelah saya, mak aku dah duduk kat saf depan... Hari ni lembu aku, lembu ketiga, mak cakap tadi, kejap lagi dia akan panggil nama untuk akad... Aku ni bukan apa, aku jenis takleh tengok apa apa binatang kena sembelih.. K.ep.s.i.a.n tapi tulahkan kena redha... Sekarang jemaah tengah takbir tapiaku selamba jer taip entry ni, makcik sebelah menjeling jer kan, nasib mak aku tak nampak... Ok chow dulu, karang aku sambung dengan lembu lembu yang ditambat kat pokok kelapa kat luar

Saturday, November 05, 2011

I am here

Home sweet home, selamat hariraya aidiladha :)

Called of

Sebabkan jem memang macam harem, kita postponed journey tomorrow dawning , layan #ASK2011 and #MLM seround dua, and mamak for late nite supper, and not to forget rewind back citer soffiya yang semalam tonton hafway, pastu tonton tengok aku megholoh.. Sedar sedar 815 am

Friday, November 04, 2011

Tgif

Pagi ni bangun lambat, 815 baru nak sedar diri, nasib dah siap siap masak semua semalam, bangun mandi, pakai baju yang takpayah nak sesuaah gosok, turun panas kan rendang, buat kuah puding, pastu chalo... Nasib encik suami pahm yg kita lambat, tak sempat gosok bj dia, pepandai la ko bang, pesan kat anak anak makan roti for breakfast, nanti tgh mama balik.. Semua takder mood nak sekolah memandangkan ari ni nak balik kg... Adoiiii..., pecutla apa lagas.. Nasibla ada parking, trus masuk BMF. Derang semua dah sudah recite yassin.. Pendekkan citer, semua habis, rendang, puding dan apam polkadot pon licin, bagus, tak membazir... Abis ni tandanya sedap ker ataupun deme memang lapo naa, lagipun rendang aku buat sikit , 2 ekor ayam jew..

Ni aku on the way balik ke rumah, jalan jem.. Singgah amik baju untuk knvensyen rabu depan, tailor ni melampau tutup butik sampai seminggu , raya aji jer pun

Ni baru jem dlaam kawasan jajahan sendiri, camna nak balik ipoh sat lagi ni... Harus la jem juger tuh..

Thursday, November 03, 2011

A quality comes with a price

Sometimes aku tak paham mentaliti org malaysia ( which aku pun dulu sama macam tu juger)... Kenapa ek, kalo nak sesuatu barang or service tu kita nak yang murah tapi nak cantik, ok itu memang lumrah kot, tapi sometimes yang aku tak paham kalo ko nak save setakat 2-3 ratus untuk benda yang ko buat sekali seumur hidup aku rasa tak worth it. Ramai tak mau spent untuk benda yang berkualiti n benda yang ko buat bukan banyak kali..

Tapi itu hak individu, mungkin kualiti ni subjektif juger kot, macm cantik ... Orang definasikan cantik tu denagn macam macam... Kadang kadang mata kita tengok tak cantik, tapi orang lain tengok cantik, mungkin sebab harga murah kot influence cantik itu sendiri

Kawan baik

My best friend is my soulmate. And my soulmate is my very best friend i ever had :)

Wednesday, November 02, 2011

Kenapa kenapa kenapa

Kenapa aku nak start blogging balik???






Sebab aku rasa aku nak start new life...

Sebab apa new life???

Sebab sireh sudah pulang ke ganggang...



P/s; hello old friend, still remember me?