Saturday, February 28, 2009

day 2

saya kunci jam 6.20 am
tapi saya bangun 6.35 ehehhehe
siap siap pastu turun untuk senam robik
tapi tak peluh pun..

lepas breakfast naik mandi
turun balik pastu
erm consultant yang lead sanggar kerja ni
pernah aku jumpa dulu
masa time kat bendahari
tahun sept 2006 ar kalo tak silap...
SAC Consultancy


tapi nasib ar tak sama ngan dulu
kalo tak mesti ar bosan
kali ni game sumer lain dari dulu
yer ar sah sah mesti lain la
dah 3 taun kan...

pengalaman tak dapat lupa
bila aku mengofferkan diri
buat pertunjukan pancung memancung
dr. Nordin tu guna pedang samurai
pastu pancung timun yang aku pegang di telapak tangan
ngeri beb
mana tau kan sekali terpancung tangan aku
abes laaa..
tapi ok jer... orang tu sah sah ar dah pro kan


petang ni.. kami disuruh buat layang layang
dan layang layang mana yang boleh terbang tinggi
akan mendapat markah
wah..beria la orang orang kampung dalam kumpulan kami
buat wau...

bila time pelancaran ahahhahha
hampeh
tengok dari rangka..
wow hebat.... tapi apakan daya
dah takdir dia takleh naik
apa boleh buat...
tapi markah kumpulan kami yang tertinggi setakat ini
wahahhahaha




p/s:: skang dah kol 7.. time to makan...
lapa ... aku makan sikit jer tengahari
sebab segan...

Friday, February 27, 2009

hari pertama

memang terasa kebodohan
perghh
al kisah aku citer yang aku tak kenal room mate kan?
bila dah sesi ta'aruf aku pun kenal la minah
supposed-to-be my room mate

end up dia boleh selamba cakap nak tukar bilik
nak dok ngan kawan dia
huh...so jawapannya aku dok sengsorang la
bosannnnnn

dalam bas sorang.. ok no hal
senang nak tido
makan tengahari kat R &R temerloh = sorang
ok lagi aku beli paper baca..so tak la nampak kesorangan di situ
sampai hotel pun dok sengsorang
pergh badi sorang apa ni...

eeee yang menambahkan kegeraman aku
bila aku tak dapat tengok intan hari ni
hubby aku plak asik tepon bagi tau
perkembangan citer intan malam ni
uwaaaaaa jangan la ari nih las....
aku tak sanggup tak tengok last episode
please la....

pastu dalam bilik tv tak leh on
dah bagi tau kat reception tapi tak da sapa pun datang betulkan
nyampah la


p/s:: kalo bawak keta bleh la pi minom minom kat luar ker kan..
maklumlah cherating ni dah sempadan ngan tganu
dah dekat kemaman
alang alang pi jalan kemaman la kan


i'm here

bertolak 8.30 pagi
sampai kol 2.10 pm
bosannn
saya mau balikkkkk

aku sebenarnya tak der masalah
untuk adapt diri aku ngan keadaan sekeliling
kalo seme orang aku tak kenal
aku takder masalah nak bercampor gaul sebati sebenarnya
tapi aku tak tau ar napa
kenapa ? kenapa? kenapa?
aku tak boleh la get along

bukan la aku tak kenal ..
some faces aku dah penah tengok
n kenal pun
tapi al maklum la
derang kan in one roof
sedangkan aku yang kerdil ini
dianak tirikan

aku tak suka keadaan gini
macam orang bodo jer
aku actually boleh jer tego sesapa
tapi kat sini aku tak tau
where to start,
and how to start a conversation...

ohh please anyone help..
nak call, hp takder bateri
kena caj..
ni pun dok kat lobby lagi
bilik takder
wtf... kata check in kol 3
ni dah 3.30
gila babi bosan betulllllll
nasib la aku bawak laptop kesayangan ni
boleh la menghilangkan bosan dan tak ar nampak cam orang bodo sangat kan..

one more thing
ntah napa ntah,,
salu kalo aku outstation
aku tak der lah berat hati cam ni sangat
asik meleleh jer
dalam bas tadi kakngah call
bagi tau pasal anak aku
dan dan jer aku hujan semacam jer
siottt la
sentimental la plak
bukan 1st time kursus jejauh ni
dah banyak kali dah
las sekali..las month la masa aku pi
pangkor

adoi...room mate pun tak tau sapa
serius aku tak kenal
aku tengok sekali imbas jer kat list tuh



p/s: aku nak balikkkkkk
nak celebrate birthday daniaa
she will be 3 this sunday, 1 march 2009

happy birthday baby...



Wednesday, February 25, 2009

hai hai bai bai

dapat surat pagi nih
saya akan pergi dari sini
ya... tak percaya??

saya confused,
surat salah ker mata saya salah baca



anyway anyhow
saya sangat popular hari ini
dalam mesyuarat pengurusan nama saya asik disebut2
patutlah saya tersedak banyak kali jer...
dan orang asik tanya apa kes...
wahahahaha

kalo betul2 la..
saya sangat suka
saya memang ternanti nanti peluang itu



p/s:: realiti atau fantasi??
aku masih disini - xpdc


sebab apa saya tak apdet


sebab saya ader course
OpenOffice.org
kat OSCC..

basically
ia sama seperti MSO (Microsoft Office)
erm ... OpenOffice adalah di bawah projek MAMPU
so public sector kena guna OSS ni beside guna microsoft office

persoalannya..

erm sumer jabatan kerajaan kat putrajaya dah guna ker OSS?
erm saya tau tarikh perlaksanaan dia taun lepas
tak silap april ker mei 2008
tapi saya rasa sumer jabatan kerajaan berpusat di putrajaya masih lagi menggunakan Ms office kan?
kan? kan? kan?
tapi notis yang saya baca tu kata, seme penggunaan Ms office akan diharamkan... ( eh haram ker.. )

saya terkedu dengar melaka dah implement OSS diserata pelusuk jentera kerajaannya..
syabas ali rustam
anda memang seorang tokoh yang mampu membawa melaka ke arah pembangunan..



p/s:: seme function sama... hampir sama cuma ada penambah baikan ..saya suka OOo

Friday, February 20, 2009

menci

aku sangat bengang hari nih
pagi terlambat bangun
....

aku bengang
ada meeting cam siall

aku bengang
aku tak buat cam tu lah ngokkkkk

aku bengang...

Tuesday, February 17, 2009

ketidakwajaran atau tidak professional?

kajian kes:

seorang pegawai awam dalam tempoh percubaan di marahi oleh ketua bahagian
pada satu hari dengan alasan tidak membuka shelf kaca dan
komputer yang menyimpan maklumat pnc yang mana kebetulan
pada hari itu adalah hari audit. Dia ditanya mengapa kejadian itu berlaku dan penjawat awam dengan tulus menjawab soalan itu menurut pandangan nya tetapi kemudiannya dia diherdik
kerana ketua bahagian tidak dapat menerima pendapat seorang sub-ordinate.

tanpa pengetahuan, ketua bahagian telah melaporkan kejadian ini
kepada pegawai pendaftar dan mengarahkan supaya
pegawai awam ini ditangguhkan pengesahan jawatannya atas alasan
"she was not able to obey to any instruction and claimed to be destruct when she was asked
why did she didnt open the shelf earlier."



persoalannya:


1. adil kah penangguhan pengesahan jawatan itu?

2. adakah wajar penangguhan pengesahan jawatan itu dilakukan ?

3. pada pendapat anda, adakah ketua bahagian ini bersikap professional atau bertindak
mengikut hati dan perasaannya?

4. pada pandangan anda, adakah ketua bahagian ini nyanyuk?

5. apakah yang anda akan lakukan jika anda menjadi ketua bahagian?

6. apakah yang akan anda lakukan jika anda adalah penjawat awam tersebut?
a. memberontak dan membuat piket dihadapan ofis Ketua bahagian?
b. memancitkan tayar keretanya?
c. menghantar virus yang power ke alamat ipnyer?
d. menghantar surat layang



p/s:: fcuk!!
( french connention uk ... ni fashion retail ok...jangan salah paham.... )



Monday, February 16, 2009

currently busy..

SIRIm nak datang
so seperti biasa bz tahap impak maksima yang melampau
nak nak ari ni isnin kan

ooh yer..
untuk rafeeda dan nadia..
korang punya album on the way
80 % dah nak siap
so by end of this week mungkin korang dapat la album nyer wokeh

( ni keje sapa la nak menyusun ratusan gambar ni... total up ada lebeh kurang 800++ keping gambar 4r ni weh
... aduh lomah badan den nih haa... )



p/s:: nasib aku pergi tengok upin ipin hari jumaat....kalo pergi weekend..
ya rabbi sana sini full house...

ha ni kat bawah ni...
video nephew aku menari shuffle..
baru darjah 6 dah expert shuffle
pergh.. siap record sendiri tu yang tak tahan tuh



layan....

Saturday, February 14, 2009

the best malaysian 3d cartoon ever

seumur idop aku..
inilah pertama kali aku berasa sungguh puas
syabas les' copaque
anda sumer telah membuktikan
bahawa malaysia juga mampu melakukan sesuatu
di luar jangkaan

jalan cerita yang menarik
dan juga kelakar yang amat bersahaja
walaupun cuma kartun tapi amat berkesan

pada pembaca sekalian... tak rugi pergi memontonnya di panggung
pada aku... cukuplah bila anak aku tergelak terbahak bahak
sewaktu menonton
menandakan dia juga terhibur,
kanak kanak tidak pandai menipu...

tahniah, tidak perlu lagi lawak slapstik
cliche...
penonton bosan
david teo patut mencontohi cerita sebegini
daripada terbitkan cerita lawak bodoh sifu &tongga...
yang konon kelakar... tapi hampeh
buang duit dan masa...





p/s:: suka bila ada cerita begini... disamping terhibur...
ia mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan....
syabas bete...

wayang sapa kalo bukan wayang kita....
ahaha tetiba jer..



Thursday, February 12, 2009

sanggupkah anda??

melakukan perkara sebegini terhadap bayi anda??

kejam la
sian dia.. baru nak tido..





p/s:: tader perasaan kah?

Facebook


Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged
dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada
yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya,
tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan
wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang
aku ingin kongsikan.
Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.
Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun
pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.
Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain.
Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai
laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.
Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna
internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun
menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus
melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di
dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?
Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh
pihak CIA?
Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua
butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak
universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want!!
Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya,
mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin
mencari kita… senang sikit!”
Malang sekali bukan itu yang berlaku.
Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun
tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka.
Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh
memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling
mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi
pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa
keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai “title” sebagai
“professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang
seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.
Mengapa?
Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan
segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan
mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah”
dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.
Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?
Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri
mereka sendiri?
- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily
schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA
sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan.
Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.
Halo…
Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.
Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita!
Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya:
Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu
dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang,
mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal.
Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?
Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.
Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.
Dan ini juga adalah satu fakta:
Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel.
Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak
USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel
Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham.

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya
bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita
Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence
Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana
silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri
sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang
dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh.
Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini.
Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya,
pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat
Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…
Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum
sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.




p/s:: facebook aku tak der apa yang penting, aku bukan profesor mahupun cendekiawan... aku cuma insan kerdil.. aku ada atau takder tak memberi kesan pun....

Sunday, February 08, 2009

our weekend

ni dah kali ke berapa ntah...
tapi dek kerana desakan danial,
pergi gak ar...
seronok sebab kali ini pergi baby dah besar,
las time pergi dia baru setahun lebeh gitu
tup tap tup tap dia nak masuk 3 taun dah mac nanti
layan la picx....

testing video conference

the faces of us...

danial cuba kuasa elektromagnetik



p/s:: arghhh bulan 2 dah sampai.. end of maonth kena pergi kursus lagi kat cherating plak.... malas la........ tiap tiap bulan asik out station jer

Monday, February 02, 2009

pengumuman

aku dapat masa hubby beli kopi last weekend
erm maybe derang punyer penjualan menurun kot
tu yang sampai kasi customer personally cenggini

sila la baca




p/s:: apasal derang tak state pasal duit franchise?
ker memang tak yah bayo??