Sunday, September 16, 2012

selamat hari malaysia, malaysiaku

cuti -cuti hari malaysia ni kebanyakkan orang amik kesempatan untuk pergi berjalan-jalan dengan family kan. nama pun cuti. tapi cuti aku tetap dihantui kerja. email dan sms bos tetap ada. aku tak paham kenapa kena macam tu, macam la takder isnin. terus berazam dalam diri kalau aku jadi bos esok aku takkan buat macam ni kat staff. cuti means cuti la. rimas tau ...rimas.

pepagi dah hujan. tu point aku tarik selimut lagi ahahahahha. bangun jer anak bising lapa lapa. kah kah kah. ok terpaksa bangun . derang ni memang. kalau makanan depan mata dia tak makan banyak. tapi asik nak makan jer, sehari baper kali nak makan. makanan kena sediaaaa jer depan mata.

esok cuti lagi. tapi tak tau nak pergi mana. pergi zoo kot. ahahhaha zoo lagi . tempat yang paling dinantikan oleh anak anak. berpuluh puluh kali pergi tapi deme akan jadi terlalu excited setiap kali nak pergi zoo. tak tau kenapa. padahal binatang yang ada sama jer kedudukannya setiap kali pergi. fees masuk makin lama makin mahal. binatang makin lama makin takder. sama ada mati atau menyorok. entah.

oklah. nak pergi buat breakfast. apa yang ada dalam peti tu bantai jer la breakfast. cucur ikan bilis la kot. makan panas panas cicah sos nyum nyum nyum. daaaaa.

No comments:

Post a Comment