Monday, September 10, 2012

Monday blues gangnam

Kadang kadang aku rasakan, alangkah bertuahnya kalau aku ada mejik, yang boleh hentikan masa, aku nak jumaaattttt jer, or hari sabtuuu jer the whole time, jadi aku ada banyak masa senggang bersenang lenang tido tengok tv jalan jalan, window shopping. Tapi itu mustahil la kan, ahad tetap ahad, dan isnin akan datang jua,

Pagi ni aku kena jadi penyambut tetamu untuk syarahan perdana kemerdekaan. Dah orang mintak tolong aku pon tolong jer la tanpa banyak alasan. Pagi2 bos dah sms tanya pasal kerja semalam. Pening sebab tugasan tu ditolak mentah mentah, aiyooomaaa kena buat balik la nampak gayanya.

Bilaaa la kerja ni nak abes, aku nak cutiiiiiii lelama sikit pergi jalan ker, pergi oversea ker, hek hek hek berangan lebeyyyy.

Okla. nanti aku sambung lagi, tengah pikir jalan mana harus aku pilih ni. Kah kah kah,

No comments:

Post a Comment