Sunday, September 30, 2012

Bibik in the house

Start Khamis hari tu rumah aku start tukar tile bilik dengan tangga. Pergh habuk gile, 3 hari duduk dalam rumah macm perlarian. Nasib baik siap dalam 3 hari. Pak samuki cakap 6 hari. Nasib cepat. Sabtu petang tu dah setel. Aku kemas rumah dari petang tu sampai malam tak habis habis. Sakit sakit belakang aku tolak almari angkat katil apa semua. Buat sorang sorang. Aiyoohh gila laa. Tangan aku sampai kecut keras keras sebab terlampau banyak cuci sana sini. Tau ajerlah. Bila lepas renovation ni dia punya simen cat apa semua susah nak hilang. 2-3 kali mop pun simen tu tak mau hilabg. Letaklah banyak mana sabun pun tak hilang. Aduhai.

Tapi nak tak nak kena la jugak kenas kan. Sampai hari ini pun tak habis lagi kemas. Langsir tak pasang lagi. Baju banyak tak masuk almari. Baju yang basuh basuh, yang bersidai banyak. Yang nak berlipat menimbun. Orang ada 4 jer, baju macam 10 orang punya kain baju. Itu belum masuk baju nak iron lagi.

Hubs start last week dah start job, job akan continuous until end of year, si setiap minggu lepas ni akan habis kan rumah jer la nampaknya. Bosan .

Okeyla nak sambung kemas. Dah rasa aku ni macam bibik la. So conclusionnya aku la bibik in the house. 😩

Thursday, September 27, 2012

Bawak adik jalan jalan

Heh. Bawak adik jalan pi zoo. Kau ada?

Cik siti situ sana sini

Aku ni ada satu perangai. Aku memang takut dengan lipas dan tikus, tapi at the same time aku sangat la rimas kalau misalkata aku nampak lipas dalam almari katakan, aku mesti kena bunuh dia time tu jugak depan mata aku, oleh kerana aku ni takut lipas,yang jadi mangsa bunuh dia adalah hubs aku la,tapi dia ni kengkadang malas layan aku. Dia suruh biar jer,tapi aku nak jugak dia cari n bunuh lipas tu dan dan tu jugak.

Kengkadang aku beranikan diri jugak pukul or spray ngan ridsect. Nak tak nak kan, lalat pun cemtu,aku paling geram lalat la. Pantang aku nampak lalat dalam rumah. Aku akan spray satu hall sampai ke dapo. Pintu memang aku pastikan tutup sentiasa. Heh.

Mak aku pernah cerita masa dia kat mekah, dia kata ada sekor lalat terbang dalam bilik dia, pastu dia cakap, ishh mana datang lalat ni , dengan kiasa allah, mak aku kata makin lama makin banyak lalat dalam bilik tu. baru dia sedar dia dah tersalah ckp. Apa kaitan dengan citer aku? Ada satu hari tuh aku tak tau mana dtg lalat bebanyak, dekat sliding door. Sekor sekor aku libas mati, seminggu tu aku asik dapat mkanan ada lalat, memula makan bihun sup, baekk punya hirup kuah, tetiba nampak lalat, dah nak habis kot bihun sup tu, memang menyumpah la, pastu selang sehari tu aku pi kedai mamak, makan roti canai pas balik jogging, pun ada lalat, pastu dalam air aku. Sampai laki aku kata "tulah" sebab obses bunuh lalat. Heh!

Tapi apa yang aku nak cerita sebenarnya pasal cik siti, sejak kebelakangan ni aku asik dengar suara dia dekat betul. Memula ingat kat luar, tapi malam semalam masa tengah ajar bebudak ni maths, baby nampak benda bergerak jalan ke store bawah tangga, apalagas memang bising la mulut aku ni ha. Suruh laki takmau amik port . Ada ke suruh biar n nanti??? Dengan keberanian yang sedikit ni aku gagahi ngan menyepray cik siti tu. dia lari ntah ke mana. Memang prengset la. Malam tadi aku tido aku masih dengar bunyi, itupun pukul 7 pagi, boboy trrus jaga dari tido tapi dia pun tak nampak juge. Cik siti comel lote lagi pun, tapi bunyi dia masyallah kuat.

Now pak samuki tengah pecah tiles bilik atas n tangga nak pasang tiles baru. Arghhhh mesti rumah berhabuk giler..

Sunday, September 16, 2012

selamat hari malaysia, malaysiaku

cuti -cuti hari malaysia ni kebanyakkan orang amik kesempatan untuk pergi berjalan-jalan dengan family kan. nama pun cuti. tapi cuti aku tetap dihantui kerja. email dan sms bos tetap ada. aku tak paham kenapa kena macam tu, macam la takder isnin. terus berazam dalam diri kalau aku jadi bos esok aku takkan buat macam ni kat staff. cuti means cuti la. rimas tau ...rimas.

pepagi dah hujan. tu point aku tarik selimut lagi ahahahahha. bangun jer anak bising lapa lapa. kah kah kah. ok terpaksa bangun . derang ni memang. kalau makanan depan mata dia tak makan banyak. tapi asik nak makan jer, sehari baper kali nak makan. makanan kena sediaaaa jer depan mata.

esok cuti lagi. tapi tak tau nak pergi mana. pergi zoo kot. ahahhaha zoo lagi . tempat yang paling dinantikan oleh anak anak. berpuluh puluh kali pergi tapi deme akan jadi terlalu excited setiap kali nak pergi zoo. tak tau kenapa. padahal binatang yang ada sama jer kedudukannya setiap kali pergi. fees masuk makin lama makin mahal. binatang makin lama makin takder. sama ada mati atau menyorok. entah.

oklah. nak pergi buat breakfast. apa yang ada dalam peti tu bantai jer la breakfast. cucur ikan bilis la kot. makan panas panas cicah sos nyum nyum nyum. daaaaa.

Tuesday, September 11, 2012

Hari ini dalam sejarah

Hari ni kira hari bersejarah la kot, sebab aku berjaya hantar laporan tesis yang sepatutnya kena hantar semalam, tapi selamba badak aku antar hari ini, alaaa dia bg duedate suruh hantar jer, tapi sebenarnya depa terimaa lagi walaupun dah lepas tarikh hantar. Taktik suruh hantar cepat la tuh.

Tadi pagi jugak ada jamuan hari raya fakulti. Makan tak berapa nak sedap la kot. Takder la mewah sangat, biasa biasa aje, sampai kol 12. Sempat la aku nyanyi satu lagu raya. Lepas gian nak nyanyi. Suara bukan sedap pon. Tapi saja nak test confidence diri. Kah kah kah

Okey nak start buat koje opis, ikut kan letih. Tadi petang aku jogging, setelah 8 minggu aku tak jogging. Gile malas. Ni kena juger jogging sebab makan sana sini tak ingat dunia kan. Okey chow dulu

Monday, September 10, 2012

Fenats

Kerja seorang perempuan yang bekerja tak habis sampai pukul 5 je, habis office hour kerja bersambung kat rumah, kemas rumah, lipat baju, basuh kain, masak, sampai la ke malam, kalau macam aku tambah la satu lagi, kerja opis bawak balik rumah. Aduhainya. Bukan rela, tapi terpaksanya aduhainya pon. Hari hari pon gitu.

Tapi ini semua tanggungjawab, jadi amanah ni kenalah pikul, samada suka atau tak. Samada dalam rela atau paksa, haihhh

Perut kriok kriok la plak. Mari tegok ayor suam dulu.. Gulp gulp gulp. Hari ni kena masak ikan patin masak tempoyak. Senang jer masaknya campak campak jer, tapi nak siang ikannya. Cabaran. Aku bukan masak tahap masterchef kan. Tapi bolehlah masak untuk family. Ngeeeee

Dah dah dah. Aku nak masak. 630 dah ni. Malam sat lagi nak kena buat kerja opis plak. Okchow

Monday blues gangnam

Kadang kadang aku rasakan, alangkah bertuahnya kalau aku ada mejik, yang boleh hentikan masa, aku nak jumaaattttt jer, or hari sabtuuu jer the whole time, jadi aku ada banyak masa senggang bersenang lenang tido tengok tv jalan jalan, window shopping. Tapi itu mustahil la kan, ahad tetap ahad, dan isnin akan datang jua,

Pagi ni aku kena jadi penyambut tetamu untuk syarahan perdana kemerdekaan. Dah orang mintak tolong aku pon tolong jer la tanpa banyak alasan. Pagi2 bos dah sms tanya pasal kerja semalam. Pening sebab tugasan tu ditolak mentah mentah, aiyooomaaa kena buat balik la nampak gayanya.

Bilaaa la kerja ni nak abes, aku nak cutiiiiiii lelama sikit pergi jalan ker, pergi oversea ker, hek hek hek berangan lebeyyyy.

Okla. nanti aku sambung lagi, tengah pikir jalan mana harus aku pilih ni. Kah kah kah,

Sunday, September 09, 2012

S.a.w.a.n.g

giler lama bersawang blog ni. pejam celik pejam celik aku dah habis belajar dah. nak tune idop start macam dulu dulu masa sebelum belajar balik . ackward giler. mungkin akan further lagi. insyallah. kalau diizinkan tuhan,

idop sekarang lebih baik dari dulu, alhamdulillah. anak anak dah besar, bila browse balik life dedulu, rindu plak. rindu nak ber anak kecik balik. tapi malas plak rasanya. yer lah sekarang anak dah besar senang. semua diorang buat sendiri, bangun pun boleh bangun lambat kalau weekend :) ngeeeee

kecuali sekarang kerja kat opis berlambak. takder masaaaaaaa nak goyang kaki n mengulat cam dulu lagi. dulu time kerja pun leh ngulat tengok wayang. sekarang? nak tengok facebook pon takder masaaaa

tadi pergi open house acaii. taun ni punyer raya tak macam raya taun taun lepas, banyak jalan rumah sana rumah sini. taun ni sendu la sikit. harapnya ni bukan raya terakhir aku la. aku banyak dosa lagi niii..

oklah laki aku pun dah balik dari jogging. ish apa mimpi aku update blog hari ni ntah. okbai