Wednesday, December 31, 2008

tribute to nadia

yang diraikan
cik nurul nadia
yang secara rasminyer
akan berhenti dari sini
hari ini

saya mengambil kesempatan ini
mengucapkan selamat maju jaya
dalam apa jua yang dilakukan selepas ini

akhir kata..
" SELAMAT PENGANTIN BARU"
in advance
jumpa kamu di majlis kawen nanti..

( dua dua mereka bernama nadia... jadi saya letak saja.. nadia yang benti yang buat peace y'all tuh.... dai sangat gembira nak benti... yer la...tak sabar nak kawen..)

p/s:: trime kasih untuk hadiah itu...saya suka pen parker tertulis minahranggie di atasnya... sangat sentimental value okeh...


Tuesday, December 30, 2008

mari berjalan...

oleh kerana hari nih cuti
kami berjalan jalan
bersiap2 nak mandi
di desa water park
tapi full house
end up kat umah MIL jer

pas mandi n makan
(tadi kami keluar tak mandi pun..bajet mandi kat pool la..)
kami balik umah balik
otw balik singgah giant south city

balik umah booommm..tido zzzzzz
bangun petang wahahahhaa kol 6.30
kol 9.30 malam kuar uptown
makan cheong chee fan
pergh sedap

kenyang perut suka ati
pergi downtown
jalan jalan cuci mata ngan cuci telinga
dengar orang nyanyi karoke yang tak sedap giler
dah tau tak sedap sore nak nyanyi jugak
memalukan diri jer

pastu aku jumpa banner nii..
terang terangan di war war kan
ada pesta mak nyah
yang akan diadakan sempena taun baru

( ada rupa anita sarawak ker???? siap ader siti nurhaliza maknyah lagi)
(wargkakkkakaka lawak ... muka anita serawak)




p/s:: so sesiapa nak pergi ..boleh la...wahhhhahhahah

Sunday, December 28, 2008

sudah kah anda?

mambuat azam baru..
sempena maal hijrah 1430H
alhamdulillah
separuh dari azam taun lepas dah tertunai
half lagi carry forward taun depan ar bley ker???
wahhaahhaa
dan alhamdulillah saya juga sudah baca doa akhir tahun..
doa awal taun esok yer..




p/s:: selamat tahun baru maal hijrah 1430
dan selamat tahun baru 2009
..saya masih penat lagi.. tadi pergi genting...
ramai nyeh orang
kaki saya sudah krem..
huarghhh ngantuk...
okeh saya mau solat maghrib dulu
assalamualaikum
( apahal tetiba ayat ayat aku cam muslimah sejati la plak..)

Saturday, December 27, 2008

cita cita saya nak jadi chek-gu

yer dah besa nanti saya nak chekgu..
yer chek-gu kat somban ko, kek pilah ko
bleh ko?
yo ar.. sebab ntah tetibo eh dia ngaja guna baso nogori
huish dasat




baby: ni apo? ( sambil dia tunjuk ngan jari dia )
mama: nine ( 9 )
baby: ni apo? ( kali ni tunjuk guna kayu gop.. konon pembaris ar tuh)
mama : M
baby : ( sambil buat muka garang...) ni apo..?


p/s:: ada potensi ker??

ketidakstabilan masa

sejak 2 menjak ni...
aku bz..jadi tak dapat nak luangkan masa blog hopping
terasa cam ketinggalan jer
bila bukak blog hari ini
sumer dah update entri berkepol kepol..
aku jer tak baca
wahahhaha

semalam tak kerja
dari pagi sampai petang tak dok diam
kemas kemas kemas
kemas sana kemas sini

pastu tampal gambar along
banyak giler gamba
tak larat dah nak nampalnyer
dah tahap biler orang tego pun aku tak leh angkat paler
sebab asik tunduk menampal gambar

sampai makan pun tak
aku cumer melantak biskut cicah air melo..
tapi masa tengah makan tu
tetiba aku nampak
erm cam tak pasti apa...
tapi cam salah jer

memang setappp seh beskut nih
tapi kan yang mengkonpiuskan gua kan
tulisan jawi tuh

meh aku fokuskan ...

apasal dia eja biskut tu betul la ejaan nyer
yang siang siang tu
ape ke hal nyeh dia eja sim ya alif nun jim
apakah??
aku yang tak pandai eja jawi ker atau company cha ya nun alip ni
saja wat tulisan jawi kat wrapper biskut
nak dapat kepercayaan melayu untuk beli??
aku was was
tapi biskut dah abis aku telan

pastu aku buang pastik tu
malas dah pikio...
( hish entah entah ada minyak ba alip ba ya..kot )



p/s:: burrpppp...alhamdulillah

Monday, December 22, 2008

HAPPY ANNIVERSARY

yeszaaa...
happy anniversary yang ke 6 taun
kepada my lovely hubby...
wah 6 taun yer bang kita kawen
cam baru semalam jer kawen..
( wahhahaaha.. ini ada tipu sikt...)

sabtu ngan ahad
aku dok umah jer sebab
hubby ader job orang kawen
so aku ngemas la rumah yang macam tongkang pecah ehehehhe
sebab aku beli set katil baru
haruslah katil lama letak bilik sebelah ehehehh
kumbah la sumer lemari..
buang mana yang patut
pastu aku jumpa satu benda
wahahahaaha
lawak pun ader
aku gelak kekekekekekke
semenanya kemas tu bukan lah amik masa yang lama
buatkan lama sebab aku membelek satu satu sumer
kertas kertas kenangan
surat surat chen-ta aku
ahahhahah tak boleh blah ayat cintan cintun dulu
bila ingat ingat balik best betul la
saat2 cinta sedang berputik
kuang kuang kuang

oh... korang mesti nak tau apa benda nya ek...
ahahahaaha aku semenanya malu siot nak bagitau
oleh kerna aku lupa nak snap gamba..
later la aku upload gambar nyer
n later gak la korang tau apa bondo eh...


di kesempatan ini
aku nak ucapkan....
SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE -6

semoga allah memanjangkan jodoh kita ini hingga hujung nyawa
dan semoga apa yang kita impikan akan jadi kenyataan
okeh dear...


( ni gambar 8 taun yang lepas wahahhahaha....)




Friday, December 19, 2008

artis ::dulu dan kini

yaaaa...
marii semua..
kita lihat
artis artis kita..


dafi gile kentang...gemok la dulu

nabil..rambut dia kelako... alfro ker?

mamat ni bajet ensem la... selendang tak pernah lekang kat leher.. ropengyer dulu legam..
skang dah putih pakai fair n lovely la kot ek?
eheheh


mawi versi ada rambut...


la ni mamat lembut ni dah rambut pendek balik...

ina zaman kening lebat


mek ni boleh kurus giler kan?? syabas beta..syabas...baru hok molek skek nengok mu

hahhaha...sama kewr?? kalo muka ct kerot kedot sama kot..

ahahhahahahahhhahahahhahahah ngok jer





p/s:: people do change...

Terjah

pergi terjah menghabihkan duit ker shopping kompleks
hahhahaha
terjebak dengan ni...


ader diskaun..
murah jer.. rm188
i like it



p/s:: rambang mata sayeeeee.......

Wednesday, December 17, 2008

tudung

i was invited by cik zura
for a lunch talk session
at Marriot hotel, putrajaya
sebenanya ICYR ( international conference of youth research )
so for lunch tu dia ader jemput la.. seorang celeb ni bagi talk
pasal documentary film
malas nak pergi actually, but dr sity asked me to go on behalf of her
as she can't attend it
( she's have viva at MPAT)

so i went off with cik zura
erm to be honest..
aku nak makan jer ahahhaha
the talk was given by mr zan azlee..

never noticed him before
erm.. a young chinese- looking guy``
his a producer, director, videographer n writer

ok..
korang layan la citer ni..
it was presented to us..
sambil makan lunch sambil tengok dan dengar
( but i was to focus on the food ahahhaha)
a film by zan azlee
the title is "tudung"



aku sangat tak paham pada mulanya, cerita pasal tudung,,, i thought tudung la
but suddenly kuar pasal tudung saji plak
and after a while
gambar minah pakai tudung berdating di celah celah
pokok... erm...




p/s::“What is the purpose of the tudung? Is it to keep things clean and fresh?”
tepok dada tanya selera

malas...

yer saya malas..
nak pergi kerja..
apa sumer malas..


apakah itu tanda..
oh apakah benar...
oh...

kalo benar.... saya sungguh malas menempuhnya
ohh...




p/s:: mungkinkah.........

Tuesday, December 16, 2008

dari berembang ke bukit antarabangsa

Pada 17 November 2006 beberapa buah rumah di Kg. Berembang roboh menyembah bumi dek kerakusan orang-orang besar Umno dalam Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB). Operasi Perobohan itu dilakukan oleh anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), atas arahan PNSB dan berlajutan dalam 3 siri yang berikutnya iaitu pada 20 dan 30 November 2006.

Para penduduk kecewa dan kesal akan penindasan itu. Sebahagian penduduk bersetuju untuk pindah ke Puchong dan menginap di rumah Flat yang disediakan oleh PKNS. Sebahagian lagi berkeras menuntut keadilan dan ganti rugi. Mereka terus berkampung dipinggir kampung mereka sehinggalah Kerajaan Pakatan dibentuk pada 8 Mac lalu dan membela nasib mereka.

Operasi terakhir pada 7 Mac 2007 menyaksikan semua rumah penduduk termasuk sebuah Surau dirobohkan walaupun, rayuan penduduk masih di dengar di Mahkamah.

Asalnya tanah-tanah Kg. Berembang itu diteroka oleh datuk nenek mereka dan setelah beberapa generasi, Kerajaan Selangor yang ketika itu diperintah oleh Barisan Nasional enggan memberikan geran tanah kepada mereka.

Dalam diam, Kerajaan BN telah mengeluarkan surat geran kepada beberapa pemimpin dan pelobi Umno yang kaya raya untuk memiliki tanah-tanah di Kg. Berembang. Pemilik geran ini kemudiannya menjual semua tanah-tanah itu kepada PNSB setelah Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan projek Damansara-Ulu Kelang Expressway (DUKE) yang turut melibatkan kawasan Kg. Berembang.

Setelah pindah milik dibuat, PNSB mengunakan kuasa mahkamah, Polis, Rela dan MPAJ bagi mengusir para penduduk.

Rumah penduduk dirobohkan tanpa sebarang ganti rugi. Kemusnahan ratusan ribu harta benda penduduk Kg. Berembang tidak dipedulikan sesiapa termasuklah Perdana Menteri dan pemimpin Umno walaupun mereka tahu bahawa penduduk Kg. Berembang adalah penyokong kuat Umno selama ini.

Melihatkan keadaan yang terbiar itu, misi kemanusian dihantar oleh Pas dan bantuan makanan dan peralatan Khemah disalurkan sambil turut berdoa akan kejatuhan Kerajaan BN di Selangor. Doa orang-orang dizalimi ini makbul dan Kerajaan zalim BN tumbang di Selangor. Walaupun mereka tidak mendapat semula rumah dan tanah yang dirampas, tetapi harapan untuk keadilan dan hidup yang lebih baik itu ada bersama Kerajaan Pakatan.

Kisah Penduduk Bukit Antarabangsa

Bukit antarabangsa juga dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia kerana didiami oleh ramai artis, VVIP dan orang-orang kaya di Malaysia. Malah ada yang mengatakan bahawa pemilik rumah di Bukit Antarabangsa sebenarnya mempunyai beberapa unit rumah lain ditempat lain dan sememangnya mereka yang duduk disitu adalah dari golongan yang kaya, sama ada kaya dengan pendapatan yang tinggi atau yang kaya Hutang.
Bukit Antarabangsa terbahagi kepada beberapa kawasan utama iaitu, Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Mewah, Taman Bukit Utama, Taman Bukit Mulia dan beberapa lagi. Banyak juga kondominium mewah terletak dikawasan ini dan yang paling terkenal adalah Highland Tower yang runtuh pada tahun 1993.

Boleh dikatakan bahawa kawasan Bukit Antarabangsa ini agak eksklusif dinegara ini walaupun hakikatnya kawasan itu asalnya adalah kawasan Hutan Simpan Kerajaan Selangor. Sejak bila tanah itu bertukar status tidak pula dinyatakan.

Para pemaju berebut-rebut untuk memiliki tanah dan membuat pembangunan dilereng-lereng Bukit Antarabangsa.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak baru-baru ini yang menasihatkan para pemaju agar tidak lagi mendesak Kerajaan untuk mengeluarkan keizinan bagi pembinaan dikawasan itu sudah cukup untuk menjelaskan apa yang berlaku disebalik berdirinya kediaman mewah disitu.

Pembangunan tidak berlaku jika pemaju tidak mendesak. Tanah Hutan Simpan itu tidak terusik jika tiada kebenaran dari Kerajaan. Kerajaan mana bagi kebenaran? jika dilihat dari usia bangunan disitu bermakna kelulusan itu sudah diperolehi dari kerajaan yang memerintah 20 tahun yang lalu, iaitu Kerajaan BN sendiri.

Selepas tragedi Highland Tower, 1993 industri pembinaan negara mengalihkan tumpuan ke kawasan lain. Tapi beberapa tahun selepas itu, mereka kembali membina banglo mewah lagi atas keizinan pemimpin Umno, yang mana ada juga yang memiliki lot banglo mewah disitu..

Kedegilan mereka akhirnya terbalas jua bila 14 banglo mewah di Taman Bukit Mewah and Taman Bukit Utama musnah dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pagi 6 Disember 2008 yang lalu.

Musnahnya banglo orang-orang kaya ini mengejutkan ramai pihak kerana kejadian ini umpama satu malapetaka yang besar hingga melenyapkan seketika berita tentang banjir di Pantai Timur yang berlaku pada masa yang sama.

Bezanya banjir di Pantai Timur sudah biasa berlaku walaupun ianya melibatkan ribuan rumah, tapi di Bukit Antarabangsa ini jarang berlaku walaupun hanya 14 rumah banglo.

Lantaran itu, lebih 3000 pemilik rumah disekitar kawasan berhampiran diarahkan berpindah buat sementara. Proses perpindahan kali ini agak rumit kerana laluan yang tidak sempurna serta banyaknya kereta mewah yang melalui jalan sementara yang disediakan oleh Angkatan Tentera Malaysia . Ini berbeza dengan kisah Berembang, dimana anak-anak kecil mengusung kain baju mereka sendiri dalam baldi untuk menginap dikhemah atau disisa runtuhan rumah mereka.

Bagi penduduk Bukit Antarabangsa yang berpindah keluar, sebahagian besar mereka pindah ke rumah kedua mereka, ada juga yang menginap dirumah saudara mara terdekat. Malah kenderaan untuk pindah barang turut disediakan walaupun terhad.

Menariknya, kejadian ini rupanya belum cukup untuk menumpulkan keangkuhan beberapa orang kaya yang jadi mangsa. Para petugas dimaki hamun kerana didakwa tidak menolong mereka, walhal para petugas itu sudah berharian bertungkus lumus untuk membantu ramai penduduk disitu.

Malangnya orang-orang kaya ini tidak faham erti bersabar. Mereka tidak biasa buat kerja sendiri dan hidup susah. Selama ini orang gaji atau pekerja yang diupah yang tolong mereka berkemas dan angkat barang. Kali ini suasana kelam kabut, bila mereka diminta mengangkat sendiri barang ada juga yang merunggut.

Beberapa petugas terkilan dengan sikap mereka hingga ada yang berbisik, "patutlah mereka kena tanah runtuh, mereka nie semuanya orang kaya yang sombong dan berlagak" Ada juga petugas yang kecewa mengajak teman-teman lain balik sahaja, dan tak perlu bantu orang-orang kaya ini. Mujurlah teman itu sempat ditenteramkan dan niat mereka dibetulkan. Sesungguhnya mereka datang kesitu membantu bukan kerana inginkan balasan dari orang-orang kaya itu, tapi kerana sifat kemanusian dan ikhlas kerana Allah.

Begitulah sabarnya para sukarelawan ini. Kejadian ini pastinya memberikan sedikit impak dalam hati mereka, khususnya bagi petugas yang pernah membantu mangsa kezaliman di Kg. Berembang yang tidak jauh dari Bukit Antarabangsa.

Antara Berembang dan Bukit Antarabangsa
Ketika di Berembang penduduk tidak putus-putus ucapkan terima kasih walaupun pertolongan yang diberi tidak seberapa. Tapi lain pula di Bukit Antarabangsa ini. Bukan semua mangsa yang bersikap angkuh, tapi dek kerana ada yang celupar mulut maka yang lain terima tempiasnya.

Moga ini jadi pengajaran, agar esok malapetaka Allah tidak berulang lagi. Sesungguhnya alam yang Allah ciptakan ini juga punyai perasaan, jika dirinya ditoreh dan dilukakan oleh manusia, ia juga boleh meruntuhkan kesombongan manusia dengan caranya yang tersendiri. Kezaliman tangan manusia sering menjadi asbab kepada malapetaka Allah.

Antara Kg. Berembang dan Bukit Antarabangsa memang jauh nilainya. Nilai rumah penduduk Kg. Berembang hanya setaraf dengan beranda rumah penduduk Bukit Antarabangsa. Tapi bila Allah nak uji, harganya tetap sama, yang membezakan adalah cara penerimaan mereka. Adakah mereka akan kembali sujud pada Allah atau terus angkuh mendabik dada dengan kekayaan duniawi mereka.

Ratusan rumah Kg. Berembang roboh tiada siapa yang peduli termasuk pemimpin Umno, tapi bila 14 rumah orang kaya di Bukit Antarabangsa runtuh pelbagai agensi Kerajaan dan NGO datang membantu. Tabung bantuan khas diwujudkan oleh Umno Ampang. Tapi apa yang mereka beri untuk Berembang yang rata-rata pendapatan isi rumahnya kurang dari RM 3000 sebulan.

Rumah Kg. Berembang roboh ketika anak-anak mereka sibuk menelaah bagi menghadapi UPSR, PMR dan SPM, tapi rumah di Bukit Antarabangsa Runtuh selepas anak-anak mereka puas bermain permainan video game PS2. Begitulah jauhnya perbezaan taraf didunia ini.

Rumah yang runtuh boleh dibina semula dengan wang ringgit, tapi iman yang runtuh dengan kesombongan, Allah sahaja yang tahu pengubatnya.

p/s:: Kepada penduduk Bukit Antarabangsa, bersyukurlah bila ada orang membantu kerana nasib anda lebih baik dari penduduk Berembang yang dianak tirikan oleh Kerajaan dan kebanyakkan NGOs selama ini.

ni perasan ker sajer jer

sebenarnya waktu aku dapat emel ni
aku gelak sengsorang
dia perasan ker tak
ker sajer jer wat trend gitu
yer ar keti dia putih kan





p/s:: kala aku weh harussss aku malu weh
mana nak tutup muka ni....

Saturday, December 13, 2008

apakah???? nak glemer ker???

terima lah ketentuan tuhan
ini lah qadar dan qadar
pasti apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya




credit to mr piju




p/s:: inilah realiti nya
pada pendapat anda..adakah benar bagai di kata?
semua ini adalah salah kerajaan???
atau si kaya tak sedar diri ini
menyalahkan takdir yang telah ditentukan

anda pilih.....

planet hitam

semalam aku anak branak amik cuti
abah cuti, n danial pun tak sekolah
last day malas sekolah la

tengok planet hitam ::CIcakman II
erm..
erm.......
no komen..

ader part yang tak paham
grafik ok
tapi cara penyampaian
tak kesampaian



p/s:: menghabiskan masa semata!!

Wednesday, December 10, 2008

apakah hikmah disebaliknya... dapat tido hotel free

aku tertarik nak tulis pasal kejadian tanah runtuh ni
hmm bukan aku tak kesian
kesian memang la kesian kan
cuba aku dalam keaadaan gitu..
huh harus aku meraung seh
kehilangan harta benda dan juga keluarga

tapi masalahnya
derang yang 'kaya raya' ni
bila senang tak ingat orang bawah
dah kaya lagi bertambah kaya
banyak dato dato datin datin dok situ
ada yang menteri menteri lagi
so korang pepaham jer la
mungkin tak bayar zakat ker
makan duit haram ker

tapi yang aku heran nyer
kalo mangsa mangsa kaya ni homeless...
yerlah rumah dah ranap runtuh apa bagai kan
bleh plak derang bagi dok hotel sebagai penginapan sementara...
tak caya?? ni aku petik sikit berita

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menjelaskan hanya mangsa dari 14 banglo yang ranap dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Sabtu lalu, yang layak mendapat penginapan di hotel. Beliau berkata kerajaan hanya akan menanggung kos penginapan di hotel bagi mangsa yang berkenaan dan bukan untuk penghuni yang diarahkan supaya mengosongkan rumah mereka. “Mangsa yang tinggal sehelai sepinggang saja yang akan ditanggung kerajaan. Mangsa yang terbabit diminta mendaftar di pusat operasi Yang Dipertua MPAJ di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini.
Khalid berkata timbul kekeliruan di kalangan penghuni yang diarah mengosongkan kediaman mereka mengenai penginapan di hotel yang ditanggung kerajaan.



wah...
yang sehelai sepinggang dapat dok hotel kerajaan tanggung yer
habis yang banjir kat terengganu tuh
yang umah terbakar sehelai sepinggang tu
tak plak bagi penginapan hotel ditanggung halal
perghh

mana aci beb


p/s:: lu pikir lah sendiri..
kiranya dah miskin lagi betambah miskin la yer
bijak ...bijak


the Progress Report

semalam..
ader Parent Teacher Meeting
so aku lari kejap pergi
erm its not that i'm underestimate my son capable
tapi cam tak percaya jer la...

u know why..??
check this out..

his got an 'A' with full marks in MAths subject

an "A" also for English, ader half half plak... paper ni dia ada wat banyak careless mistake
tulis small a terbalik, b terbalik cam p
Bm also A




p/s:: congratulation dear... chaiyok! chaiyok..
abah dah janji nak bagi hadiah...


salah kah??

actually this thing happened last week
aku semenanya malas nak blog this thing up
tapi ntah tetiba aku rasa meluap luap plak

erm aku nak tanyer pendapat korang la kan..
rata rata kat sini ramai yang jadi bos
kan???
adakah salah kalo seorang kuli batak cam aku ni..
melahirkan pendapat aku...
let say.. bos korang komplen samting kan
peh tu korang pun kuar kan pendapat bernas korang
adakahk itu dianggap menjawab??
apa pekerja pekerja cam kiter ni
tak der rights to be heard ker?

supposed kan hubungna bos dan anak buah
kena ada two way communication kan
aku bleh dengar dia tego n ofkos dia kena lah dengar apa opinion subordinate kan
baru lah ada respect antara satu sama lain
ish nyampa plak aku
ko nak amalkan kose veto ko amalkan kat rumah jer la

tapi yer la kan
ko bos aku ni sapa la...
ko nak soh aku haaa kan jer apa yang ko cakap
that is not my style

i'll do it my way...
aku nyer style aku akan cakap apa yang aku rasa
lantak lako nak cakap aku ni pegawai tak berkualiti ker
negatif ker, destuctive ker
tu ko nyer pasal , ada aku kesah??

sepatutnya ko kena pikir, ko b ertuah la dapat pegawai cam aku yang berpikiran panjangn ada idea yang bernas....
aku cuma bagi pendapat aku.. takkan ko nak marah




p/s:: konon la... boleh terima pendapat orang konon.... ternyata..tu cuma kata kata nista ko...
ko memang tak leh terima pendapat pun... tak sesuai jadi bos...

Monday, December 08, 2008

Selamat Hari Raya aidiladha

saya mengambil kesempatan ini
mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada semua umat islam
khususnya pembaca2 sekalian alam
raya tahun ini juga saya tidak balik kg
apakan daya
hubby ada job las minit
so here i am

saya sudah masak rendang, kuah kacang juga nasi impit
tak lupa juga ketupat palas
jemput lah datang ke rumah
ehehheee




p/s:: kakak2 ku semua sudah pulang ke kampung halaman
sedih la plak.. :(

Saturday, December 06, 2008

rutin saya...

actually takder mood nak update
tapi keadaan yang sangat bosan
menyebabkan aku mula menaip
tuk tak tuk tak bunyi keyboard
huarghhh ngantuk nyer

ni lah rutin idop..
balik kerja kemas umah
basuh pinggan mangkuk
mandikan anak
dan masak

aku ni suka masak sebenarnya
tapi bila aku masak aku suka makan
tu sebab aku malas masak
setengah orang bile sendiri masak tak makan
tapi aku kalo masak aku yang mula makan
cane nak diet


ini dapo saya.... tengah tumis bahan bahan.. menu hari ini
ayam masak merah

danial suka cakap sedapnye bauuu .. bila aku tumis bawang...

chef plak interprame

masukkan sedikit garam yer puan puan

haa.. hampir siap

sibuk nak cuit sikit ikan terobok masin dari sarawak ituuu

tengok.... nak lagi tuh

udang goreng tepung, telod dadar, ayam masak merah ngan ikan terobok masin...
nyum nyum.. me h la makan..




p/s:: ween hang jangan plak terlio naa...
hahhahaha

Friday, December 05, 2008

welcome to the club

yeahh...
selamat menjadi seorang ibu...
huhuhuhuhuhu






p/s:: saya suka bau baby... baunyer sungguh mengasyikkan

Thursday, December 04, 2008

warghkakakkakaka

izinkan aku gelak sebentar
warghkakakkakaka

tengok nih....



ader photoshoot seminggu sebelum konsert dia
kat sekolah danial
pakai baju yang dia pakai masa konsert last saturday

lawak giler bila aku tengok ...
gambar aku snap guna kamera phone aku yang cabuk ni'
jadi kualiti kureng sikit
aku malas nak scan...
aku cuma nak gelak jer....



p/s:: comot gile mulut dia pakai lipstick..pastu posing ntah gaya zaman bila ntah...
hua hua hua hua hua hua

tahniah.. :)

setelah berhempas pulas selama 2 hari..
akhirnya pada hari ketiga di spital....
malam tadi dia selamat melahirkan anak lelaki
seberat 2.9 kg
bernama Mohammad Hafain Hafizi...

baby ina ( my sis in law )
dia mms pagi nih..




p/s::tahniah dari kak nor n cheni

Wednesday, December 03, 2008

kenapa aku tak tidoo lagi...

waktu di jam dinding aku yang tah betul ntah tidak ni..
menunjukkan kol 2.40 pagi waktu malaysia
tapi aklu tak tido lagi
selalu kol 1 aku dah mengoloh.. ( cakap perak...tido le..)
tiba tiba terkenang citer suatu waktu dahulu


al kisah aku ni dulu peminat setia KRu
waktu Kru melotop dulu..aku baru form 2.. dalam 1992/1993
lagu dia memula dulu hanya kau tu memang peberet la..
aku n i kira peminat-berani-mati la...(die-hard fans)
cakap jer apa apa yang ader KRu
mesti aku pergi
ahahaha
konsert, citer wayang.. kaset..( dulu cd jarang jer orang beli...)
aku ingat lagi.. punyer lah mniat..
aku sanggup kumpul poster dia...
dalam urtv, media .. apa jenis magazine yang ada muka dia aku akan beli
n aku tampal belakang pintu bilik aku kat umah

kira tutup la pintu tu...
dari atas sampai bawah
erm bes la..kira cam satu kepuasan la

aku pernah tulis kad raya kat kru masa aku form 2
pastu ngan tak disangka sangka
kRU balas beb kad raya aku
tapi kakak aku jeles
dia kata bukan kRU yang tulis n sign..
nyampa..sebenonyer deme jeles jer tuh
dan aku gantung kad raya tuuh masa raya dengan bangganyer tunjukk
kat kengkawan yang datang beraya kat umah dengan riak nyer ahhahhahha

masa form 3, kitorang kena cucuk rubella
aku ngan shima arab..takut gila
nebes la kena cucuk kan
untuk menghilangkan nebes.. kitaorangnyanyi lagu mengerti
tang rap dia jer
aku memang suka lagu mengerti ni
rap dia fuhhh meman g hafal laaa
kalo soh aku nyanyi rap dia skang ni pun aku hafal lagi

aku ingat .. waktu aku masuk asrama..aku bawak mai sumer poster aku...
aku tampal kat tepi katil
( dulu dorm aku katil dia katil besi tapi penghalang katil tu cam kayu ... ader partition la... untuk letak barang apa bagai... aku tampal la sumer poster kru yanga ku sayang tuh)
alih alih ketua dorm sound tepet soh bukak
dia kata tak masuk malaikat dalam dorm
sebab aku tampal poster
erm... jadi ngan berat hati aku bukak...
aku tampal dala m locker jer

tapi walkman aku tak pernah kering nagn lagu KRu la
asal prep jer..aku sumbat tinger aku ni ngan halwa tinger yang paling bes...
lagu Kru..
berlainan ngan kengkawan aku yang lain..layan lagu take that la..
boyzone la dan ramai lagi artis antarabangsa yang seangkatan pada waktu itu
tapi aku tak kesah itu sumer..

keobsesan aku pada Kru sangat mempengaruhi aku
sehingga aku sanggup curi curi kuar lepas waktu sekolah
pergi tengok citer
cinta metropolitan
hahahha kira kes ponteng prep
tengok wayang... ngan ayu, fizan, eri ngan shima sharir
masa tu panggung wayang yang terkenal kat pekan ipoh
lido, cathay...
aku pun lupa panggung mana ntah..
lama dah siot
1995 kot
giler... aku tengok 2 kali kot
lagi sekali dengan seseorang erm erm..

erm pastu kalo sign ker apa ker
bawah nama tu mesti lah ader logo sign kRU tu..
contoh cam ni..

( dari kiri ita, noreen, siti zawiyah, aku ..., ina, shima, erna, tnie and rosla )

gila baban aku minat la kat kru
kaset dia usah cakap la..
aku ader dari album pertama
yang hanya kau tu.. awas, awas da soundtrack, ohh lala, fanatik, krumania
sampai la las the way we jam tu
pastu cd aku ader impak maksima smpai ke album yang ader lagu sayang tuh..

lepas sekolah aku keje mcd kan
pastu kru ader buat tour konsert ..
datang ipoh
dia wat konsert kat stadium indera mulia
aku sanggup tido umah kak ina
semata mata nak pi konsert tu
yer la kalo kat umah sure tak boleh kuar n balik lewat
so lepas kerja petang aku balik umah kak ina
n kitorang pergi konsert sesama
balik kol 1 ker 2 pagi cenggitu
gila la..
aku sanggup curi banner dia...
erm gambar tu ni..

huh... banner tu besar giler
cemana ntah aku bleh amik
gantung belakang pintu
ahahhah
syiokkkkk
aku ader baju kru juga..sebab aku ahli kelab dia
baju tu ader kat kaklong la skang
( aku nak mintak balik nanti.... dia wat reta la plak...)

aku ngan kru bagai tak dapat dipisah kan
aku minat giler yusry la...
norman ngan edry sebagai pelengkap jer
ahahaaa

bukan derang ajer.. group group bawah derang pun aku suka..
elite, indigo...
sebab kompom la lagu derang sedap..
lagu adam seme sedap tau...

belum kira waktu yusry kawen ngan erra fazira
perghh wa cakap lu aku pun kebetulan minat erra dari masa form 4..
yang indah hanya sementara tu dah jadi lagu peberet la kalo pi karoke..
( karoke okehh..... cam tak caya jer karoke...)
aku beli buku derang masa kawen tuh..
tak silap 10 hengget kot..
pergh memang idola waa laaa...

aku teringin nak kawen la ngan yusry kru tapi apa kan daya
bak kata mak aku... aku jer tergila gila kan dia
dia tak kenal aku pun
las las dapat gak aku kawen ngan yus
tapi bukan yusry la
yusaini
yusaini pun yusaini la..janji yus...
kakakkakkakakkakaka

masa aku kawen
erm ader erm erm.. bagi aku cd kru...
as a wedding gift
perghhh gilos la

lepas kawen minat aku kat kru stiill tak pernah padam
masa derang wat konsert free besar besaran kat dataran merdeka aku tak pergi
masa tuh aku pregnankan danial
2003 kot aku rasa
aku beli jer vcd dia
aduh....minat arrr

korang cakap jer lagu dia...aku hafal doh
n masa Kru wat featuring ngan adam pon...
aku lagi suka
sebab mereka mereka itu memang jejaka terhangat di pasaran aku la

pastu yusry wat solo
aku beli cd dia taw...
sanggup mak ni... waduh panjang doh citer kru ni
nak citer sampai esok pun tak habes arr

aku pun tak tau mana pergi kaset aku ngan cd sumer
erm kaset kat ipoh kot
cd..erm ader yang pinjam tak pulang
so banyak dengar mp3 la...


tapi tadi...hubby aku bagi aku sumer kompilasi lagu kru
ofkos ader la yang takder
cam lagu for u,
tapi takper aku boleh donlod nanti
dia sanggup burn dalam dvd
banyak tuh
ader dalam 50 lagu la kalo tak silap
wahhh...esok boleh dengar dalam keta
on the way pi keje



p/s:: dah 3.30 pagi aku mau tido..esok audit dalam nak datang
tak pasal aku tak bangun plak
waduh
oh yer...sesapa yang nak lagu kru
bagi tau aku...
ym ker emel ker.. aku akan bagi...
eheheheh

oh yer... FYI, i named my son after him..
Muhammad YUSRIdanial HAziq
chioww...


mari melawan antoo

oh yaa.. lupa nak citer
isnin ari tuh lepas exam ..
aku pi tengok citer
antoo fighter
ngan hubby n 2D's..

ermm ok la citer
memang ar citer cam tak masuk akal jer
tapi ok la
kalo kiter boleh timer citer zohan yang lawak lucah n american pie
yang memang lawak sengal kan
kira boleh la timer citer gini


erm.. korang pi lah tengok kalo nak tau cemana
erm ..ehehhehe




p/s:: ni kira lepas tension la...
kunun ....
tengok wayang lepas exam

Tuesday, December 02, 2008

danial in action..

yeahhh...
seperti dijanjikan
mari kita saksikan
aksi aksi danial
menari...
aiii macarena
yeeehaaaaa....




dia cakap dia tak muat topi magician ni... kecik
ahahhaha memang kepala dia bosa naa

apa pasal dia lompat aku pun tak tau... mana ader orang lain melompat..??





p/s:: dah balik umah baru nak tunjuk.. cara menari..
masa rehearsel last monday..
dia tak nak bagitau cemana punn...
resia la tuhhh
nak kasi seprais arr kat mama kununnnnn

pari pari di bawah angin....

hahahhaa...
this is the story..
of the day..

pagi bergegas ke annual concert danial
lawak loorr
dia menari macarena
ahahha

lepas habis jer... gerak balik rumah
relax jap terus pergi rumah ibu

ok...let start dengan my angel ni jap...
actually aku geram tengok dia..
sweetnyer...

my pwincess....

time ni..head band dia dah jatuh...sebab besar sangat.. dah jadi cam choke jer

mengiringi along...tengok budak sebelah tuh...siap wat peace yalll...

pwincess dah letih ...isi minyak dulu...





p/s:: gambar danial aku post next n3 okeh...

hah.. yer ker??

This is how it was seen from Tel Aviv, Israel.

Carlos Bacigalupo took this beautiful shot from his home in Rio Grande, Puerto Rico.

For a while, Venus seemed to disappear under the crescent moon. Mike Bristow took this picture from his back garden in Nairobi, Kenya

Venus, Jupiter and the crescent moon gave a treat to astronomers all over the world. This picture was taken by Martin Cooper in Bangkok, Thailand.

Jupiter and Venus were in conjunction and looked as if they were getting closer. Photo: Felicia Sutantyo in Melbourne, Australia.



laa.. astaghfirullah hal azim
baru tau..
bulan semalam tuh
was a rare astronomical phenomen0n


laa yer ker...
kira kira nyer aku bertuah la dapat tengok malam tadi
wahh...sungguh amazing nyehhhh





p/s:: macam tak percaya laaaaa....