Tuesday, August 28, 2007

15 SyaAbaN 1427

semalam...pepagi lagi aku dah sampai ke dewan kursus...tetiba anis datang ngan satu buku..."Nah KAk..."..terkejut aku dengan sergahan dia..aku pun membelek la buku tuh.... NISfU SyaABAn..erm hari ni ker..seraya mulut aku bertanya... "malam ni...start dari terbenam matahari sehingga menyinsing fajar keesokan hari nyer" ..ooo lupa plak aku... terus aku memulakan membaca dari muka surat pertama sehingga ke penghabisan mukasurat...satu hapah pun penceramah berceloteh di depan aku tak amik perhatian...khusyuk aku membaca...tapi dalam hati...ni mana yang kuar peksa ni....ehehehhehe...
kalau nak diikutkan hendak jer aku zerox buku tu..pehtu masuk ker sini..bulih la kiter sesama baca yer dak...??eheehe... bebalik pada NIsFU SyaaBAn tu, jadi aku sarankan marilah sama sama mengambil peluang dan saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kiter kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru..
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kiter selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan yang pertama yang akan dicatatkan dibuku baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib...ader sesetengah buku menyatakan hari Nisfu Syaaban juga ari di mana senarai nama orang yang akan meninggal bermula dari NIsfu Syaaban ini sehingga ke Nisfu Syaaban yang akan datang (selama setahun)...

Berikut adalah antara amal ibadah di hari nIsfu Syaaban:

1. Selepas solat maghrib (15 Syaaban )
- Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat
kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat
kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban
(ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Selasa)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof
didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun kelangit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang
meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN
AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN
UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA JUMAAT 08hb SEPTEMBER
INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU
DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...



1 comment:

  1. Terima kasih atas info nie ya.. memang ngah cari info nie.. :)

    ReplyDelete