Tuesday, March 19, 2013

baju kurung baru

sebenarnya semangat nak pergi kerja ari ni kurang sikit. jadi gua pakai baju kurung baru. baru beli minggu lepas. tapi murah punya la. 39 hengget jer. jadi la . gua memang cheapskate. takder branded pun gua boleh pakai. asal cantik.

pada gua branded ker tak branded tu perkara nombor dua. memang dulu wa suka jer beli barang branded. zama belajar kat u dulu. padahal duit banjer kaklong bagi. duit mara. plus duit bapak gua bagi lagi. belanje sesuka hati. beli baju, suar jeans levis semua.

tapi sekarang,brand doesn't matter. yang penting cantik. tapi kengkadang ada la merasa nak beli original. nafsu perempuan kan. itu lumrah. kah kah.

tapi pernah tak lu orang dengar pepatah yang kata, kalau kita menunjuk nunjuk sangat a.k.a riak , allah akan tarik balik apa yang kita ada tu. gua rasa pasal tu la beg authentic coach gua kena rembat. mungkin gua riak dalam tak sedar. tapi gua tak bawak pi opis pun. adalah sekali. gua tunjuk kat member sebelah..  tapi bukan niat riak pun. niat nak share kegembiraaan. hahhahaha bley????

eh tadi sebenarnya nak cerita pasal baju kurung baru kan. melalut terlebih plak. ok ok sebenarnya gua dah lama tak beli baju kurung las beli masa raya. tu pun bukan kurung. tu kebaya moden. bead sana bead sini. cam mak datin. cam tak sesuai nak bawak pergi opis. sebenarnya boleh jer. tapi gua rasa over la plak kan. eh dah 11.30 am dah??? kejap jer plak ari nih. ok nak siap siap kerja pastu nak balik amik anak gua.

sebenarnya apa yang gua nak cuba sampaikan kat sini. kalau lu rasa pagi tu lu takder semanagat mood lu down or unmotivated, cuba pakai baju yang lu rasa paling cantik, baju baru or yang colourful. sure lu rasa tetiba mood lu berubah. ala ala sekelip mata kau berubahhhh lestary. keh keh keh. ok done. gua chow dulu babe.

Monday, March 18, 2013

Kena rampok

Gua rasa perampok perampok kat luar sana tu dah terdesak sangat kot, cer kome koje dari kome merampok sana sini. Al kisah hari jumaat yang sangat gua tunggukan yang lepas, 15/3, gua baru lepas solat maghrib. Anak pompuan gua nak ngaji, jadi gua ajarkan kejap. Anak laki gua kat bawah tgk tv. Tetiba dia nangis nangis naik atas sambil kata ada org bukak bonet keta gua. Berderau darah. Laki gua terus turun and kuar. Tapi berdebah mangkuk ayun tu dah berambus la kan.

Cek cek... Tengok perampok bedebah amik gua punya henbag lam keta. Binawe sungguh. Gua baru pakai beg coach authentic yang gua baru beli online. Cinabeng. Terkilan betul. Bukan ada duit pun dalam purse gua. Setakat ic, mykid , lesen , atm card ada lah. Yang kelakar nya gua punya suar jogging, baju jogging, tudung jogging, n stokin nike pun dalam beg tu. mesti perampok tu bengang sebab tak der hasil. Tapi kalo perompak tu tau beg coach gua tu original dia boleh jual.

So ari ni gua terpaksa amik el. Pergi buat ic, mykid anak gua. Petang nanti baru buat lesen dengan atm card. Ada hikmah jugaklah gua hilang beg coach gua yang tersayang, semalam laki gua offer beli online beg, so gua ngan daringnya pi surf chanel punya website. Kuang kuang kuang. Sudah sambar white chanel. Thank you to laki gua yg baik hati. Kasi upah saja sudah dapt chanel beg. Wehoooooooo.

Okey gua nak pi melantak kat kedai mamak. Lapa tahap gaban.