Friday, April 15, 2016

Mood down sikit

So start new day
Mood ada down sikit
Tumpang sedih sebab hubs iols DNF semalam
Motif iols yg down?

Yerlah. Tumpang down juger
Cubit peha kanan peha kiri terasa
Avoiding segala media social for a while
Especially FB
sebb taknak tengok posting and status orang lain
Iols boleh jadi lagi down

Dah la kerja kat office gila tak hengat
Bila pikir kerja kat ofis boleh buat iols stressed lagi
Menimbun dengan macam macam kena settle.
Sampai tak tau nak buat mana satu.

Oklah sampai sini dulu
nnt iols tulis lagi

Wednesday, March 09, 2016

Anyeong haseyo

Weeeee...
Lama tak blogging
Ahahah buang tebiat kot ni

Sebenarnya sejak ada fb ig apa semua ni
Keterujaan nak update blog ni kurang
Semua dah hempuk kat fb kannn

Okey now nak citer sikit
Sejak Oktober taun lepas semua aktiviti lari banyak kensel
Membawak laa ke taun ni
5-6 bulan iols mereput tak masuk apa apa event larian
Gitew.. Maka selama 6 bulan ni berat naik satu kg sebulan ahahahaha
Bila dah naik ni. Terasa la semua kain baju ketat metat kan
Maka kembali ke cara hidup sihat.
No more nasi, more excercise.

Tapi bila dah lama tak workout ni, kadar peratus kemalasan tu tinggi
Asal laki aku ajak jog petang je aku cam malas
Panas satu, timing cam tekejar kejar sebab anak anak balik sekolah kol 6

Actually now aku lam meeting
Kena wakil bos masuk meeting
Asik wakil bos je dalam meeting
Dia asik takdaaa jer

Oklah.
Sampai sini dulu
Eheh tatatatatatatatatata


Sunday, August 18, 2013

Syawal 11

Still mood raya. Gua jalan rumah kawan laki gua, malam tadi dah datang, anak dia tido rumah gua malam tadi, so ari ni gua bawak they all tengok wayang.. Cerita planes.. 

Okey terkedu gua kejap, mak kawan laki gua ni selamba je sound menantu perempuan dia ( wife kawan laki gua).. Nasib gua takder mak mertua camni. ( oo gua ada mil tapi macm takder )

Alkisah mak kawan laki gua ni tanya kat anak laki dia ( kawan laki gua la) siapa yang masakk lauk ni... Dia kata lagi ni sure la anak laki dia yang masak sebab memang everytime katanya anak laki dia yang masak. Tak pernah lagi kalau menantu dia masak pastu panggil datang umah makan. Aiyoohh mil ni laser woihh.  Gua diam ajerlah. Mak dia ni mmg dari gua anak dara lagi kalau gua melepak umah anak dia memang belagak eksen sikit. Suka meninggi diri. Bukan nak cakap la kan tapi mak ni dari kelantan. 

Gua terpaksa dengar cerita dia baru balik melancong dari salah satu negara asia la.  Okey gua memang tak pernah pergi melancong luar dari malaysia. Dalam malaysia pun gua belum habis tawaf. Okey sedar diri.

Okey gua nak kena sambung dengar cerita ceriti mak dia. Nnt sambung lagi. Daaa

Tuesday, March 19, 2013

baju kurung baru

sebenarnya semangat nak pergi kerja ari ni kurang sikit. jadi gua pakai baju kurung baru. baru beli minggu lepas. tapi murah punya la. 39 hengget jer. jadi la . gua memang cheapskate. takder branded pun gua boleh pakai. asal cantik.

pada gua branded ker tak branded tu perkara nombor dua. memang dulu wa suka jer beli barang branded. zama belajar kat u dulu. padahal duit banjer kaklong bagi. duit mara. plus duit bapak gua bagi lagi. belanje sesuka hati. beli baju, suar jeans levis semua.

tapi sekarang,brand doesn't matter. yang penting cantik. tapi kengkadang ada la merasa nak beli original. nafsu perempuan kan. itu lumrah. kah kah.

tapi pernah tak lu orang dengar pepatah yang kata, kalau kita menunjuk nunjuk sangat a.k.a riak , allah akan tarik balik apa yang kita ada tu. gua rasa pasal tu la beg authentic coach gua kena rembat. mungkin gua riak dalam tak sedar. tapi gua tak bawak pi opis pun. adalah sekali. gua tunjuk kat member sebelah..  tapi bukan niat riak pun. niat nak share kegembiraaan. hahhahaha bley????

eh tadi sebenarnya nak cerita pasal baju kurung baru kan. melalut terlebih plak. ok ok sebenarnya gua dah lama tak beli baju kurung las beli masa raya. tu pun bukan kurung. tu kebaya moden. bead sana bead sini. cam mak datin. cam tak sesuai nak bawak pergi opis. sebenarnya boleh jer. tapi gua rasa over la plak kan. eh dah 11.30 am dah??? kejap jer plak ari nih. ok nak siap siap kerja pastu nak balik amik anak gua.

sebenarnya apa yang gua nak cuba sampaikan kat sini. kalau lu rasa pagi tu lu takder semanagat mood lu down or unmotivated, cuba pakai baju yang lu rasa paling cantik, baju baru or yang colourful. sure lu rasa tetiba mood lu berubah. ala ala sekelip mata kau berubahhhh lestary. keh keh keh. ok done. gua chow dulu babe.

Monday, March 18, 2013

Kena rampok

Gua rasa perampok perampok kat luar sana tu dah terdesak sangat kot, cer kome koje dari kome merampok sana sini. Al kisah hari jumaat yang sangat gua tunggukan yang lepas, 15/3, gua baru lepas solat maghrib. Anak pompuan gua nak ngaji, jadi gua ajarkan kejap. Anak laki gua kat bawah tgk tv. Tetiba dia nangis nangis naik atas sambil kata ada org bukak bonet keta gua. Berderau darah. Laki gua terus turun and kuar. Tapi berdebah mangkuk ayun tu dah berambus la kan.

Cek cek... Tengok perampok bedebah amik gua punya henbag lam keta. Binawe sungguh. Gua baru pakai beg coach authentic yang gua baru beli online. Cinabeng. Terkilan betul. Bukan ada duit pun dalam purse gua. Setakat ic, mykid , lesen , atm card ada lah. Yang kelakar nya gua punya suar jogging, baju jogging, tudung jogging, n stokin nike pun dalam beg tu. mesti perampok tu bengang sebab tak der hasil. Tapi kalo perompak tu tau beg coach gua tu original dia boleh jual.

So ari ni gua terpaksa amik el. Pergi buat ic, mykid anak gua. Petang nanti baru buat lesen dengan atm card. Ada hikmah jugaklah gua hilang beg coach gua yang tersayang, semalam laki gua offer beli online beg, so gua ngan daringnya pi surf chanel punya website. Kuang kuang kuang. Sudah sambar white chanel. Thank you to laki gua yg baik hati. Kasi upah saja sudah dapt chanel beg. Wehoooooooo.

Okey gua nak pi melantak kat kedai mamak. Lapa tahap gaban.

Monday, February 04, 2013

hiatus

sejak jadi blogger tak tegar ni, sekali sekala ajer la update, lagipun bukan nya gua ramai reader. kui kui kui. so bila sekali sekala ajer update orang ingat kita hiatus kan. Sekejapan aje dah masuk Feb. ish kejap beno rasanya.

Cerita terkini terhangat di pasaran adalah satu dua, tapi malas nak komen . lebih baik kita jadi pemerhati saja. orang yang tak penting cam kita ni buat apa nak komen bebnayak. kang kena kutuk plak dalam forum cari. naya jer

semalam baru beli cd KRUNOMENA. kata peminat kipas susah mati kan. so wajib la beli. sejak beralih arah ke dunia arena Kpop ni lagu lagu lailn memang gua jarang dengar. tv gua memang asik la channel 393. youtube gua penuh dengan subscribe korea channel. tu belum lagi list itune gua. kui kui kui. semua penuh lagu kpop ajer. bagi gua lagu kpop lagi sedap dari lagu melayu sekarang yang ntah apa  apa ntah.

ni semua gara gara gua layan runningman terlebih la ni. gua rasa bila gua layan runningman macam gua berada di sana sebelah gary ajer ahak ahak ahak. kengkadang tido pon boleh mimpi runningman. aduhai. takleh jadi ni. kena pergi korea la nampaknya taun ni. Eh.

mesej bos ni tak henti henti dari tadi. tu tandanya gua kena stop dulu. nanti ada masa gua sambung lagi.


Sunday, December 30, 2012

Happy new year

Terasa cepat benar 2012 ni, dah sampai ke penghujung, berbagai cabaran, onak duri dan cobaan aku tempuhi... Walaupunnnnn ada kalanya rasa macam tak boleh nak hadapi, tapi berkat sabar, hadapi juga dengan tenang kan...

Aku cuma harap 2013 akan jadi tahun yang lebeh baik dari 2012, bukannya 2012 tak baik, pada aku 2012 adalah tahun yang paling terbaik dalam hidup, cuma harapan biarlah 2013 menjadi tahun yng lebih baik dan lebih bermakna bagi aku dalm soal life, family, kerja , dunia dan juga akhirat, insyallah hopefully.

Bila kenang balik, segala masalah yang kita tempuhi tu sebenarnya yang menjadikan kita kuat dan matang dalam menghadapi hari hari mendatang. Syukur ke hadrat ilahi dengan apa yang telah diberi. Dan alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dn kesempatan untuk hidup di bumiMu ini.

Buat teman teman semua, saya mengambil kesempatan ini, meminta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, terguris rasa, harap dimaafkan, mulakan tahun baru dengan semangat yang baru dengan menjadi seorang yang baru dengan buku yang baru. Assalamualaikum dan jumpa lagi!!

Saturday, October 27, 2012

Fahami masalah dan situasi

Kadang kala manusia ni lupa. Bila senang lupa orang yang susah, bila dah selesa lupa orang yang kurang selesa, tak salah rasanya kalau bila dah selesa pikir sikit orang yang tak selesa, walaupun tempat tu dah biasa sangat bagi kita. Cuba empati. Bukan pentingkan diri sendiri. Saya kata cuba, at least CUBA!!

Friday, October 05, 2012

What goes around comes around

So much thing happened, and i didnt know where to start. Or shud i start?

Kadang kadang hidup ini bagai roda, sekejap di atas sekejap dibawah. Putaran hidup dipentas dunia dan kita hanyalah pelakonnya.

Tetapi manusia di muka bumi selalu alpa dan tak sedar kita cuma pelakon. Selalu ingat kita ada kuasa untuk memerintah 'dunia' yang fana ini. Yang mana sebenarnya ada pemerintah yang lebih berkuasa dimuka bumi ini.

Tapi ini adalah lumrah kehidupan. Manusia mudah lupa. Bila dibawah putaran roda, semua adalah saudara, tiada beza warna kulit dan warna rambut. Tiada diskriminasi. Tiada sempadan.

But what happened when they got the power? It's another way round, kawan jadi lawan. Kuasa menjadi ketua. Bermaharajalela. Queen control i guess. Veto to be exact.

But, jangan sesekali terlupa. Bumi itu bulat. Yang tinggi tak semestinya tak jatuh. Hukum dunia. Tarikan graviti nak tak nak apa yang di atas akan jatuh juga. Lainlah kalau kat bulan. Terapung.

It's just the matter of time. Lambat laun kita akan terima hukum karma. What you give u will get back. So, do enjoy for what you have done to them. Sooner or later i bet u will get the payback. Ingat!! What goes round do comes around!!

Sincere,

Insan kerdil

Sunday, September 30, 2012

Bibik in the house

Start Khamis hari tu rumah aku start tukar tile bilik dengan tangga. Pergh habuk gile, 3 hari duduk dalam rumah macm perlarian. Nasib baik siap dalam 3 hari. Pak samuki cakap 6 hari. Nasib cepat. Sabtu petang tu dah setel. Aku kemas rumah dari petang tu sampai malam tak habis habis. Sakit sakit belakang aku tolak almari angkat katil apa semua. Buat sorang sorang. Aiyoohh gila laa. Tangan aku sampai kecut keras keras sebab terlampau banyak cuci sana sini. Tau ajerlah. Bila lepas renovation ni dia punya simen cat apa semua susah nak hilang. 2-3 kali mop pun simen tu tak mau hilabg. Letaklah banyak mana sabun pun tak hilang. Aduhai.

Tapi nak tak nak kena la jugak kenas kan. Sampai hari ini pun tak habis lagi kemas. Langsir tak pasang lagi. Baju banyak tak masuk almari. Baju yang basuh basuh, yang bersidai banyak. Yang nak berlipat menimbun. Orang ada 4 jer, baju macam 10 orang punya kain baju. Itu belum masuk baju nak iron lagi.

Hubs start last week dah start job, job akan continuous until end of year, si setiap minggu lepas ni akan habis kan rumah jer la nampaknya. Bosan .

Okeyla nak sambung kemas. Dah rasa aku ni macam bibik la. So conclusionnya aku la bibik in the house. 😩

Thursday, September 27, 2012

Bawak adik jalan jalan

Heh. Bawak adik jalan pi zoo. Kau ada?

Cik siti situ sana sini

Aku ni ada satu perangai. Aku memang takut dengan lipas dan tikus, tapi at the same time aku sangat la rimas kalau misalkata aku nampak lipas dalam almari katakan, aku mesti kena bunuh dia time tu jugak depan mata aku, oleh kerana aku ni takut lipas,yang jadi mangsa bunuh dia adalah hubs aku la,tapi dia ni kengkadang malas layan aku. Dia suruh biar jer,tapi aku nak jugak dia cari n bunuh lipas tu dan dan tu jugak.

Kengkadang aku beranikan diri jugak pukul or spray ngan ridsect. Nak tak nak kan, lalat pun cemtu,aku paling geram lalat la. Pantang aku nampak lalat dalam rumah. Aku akan spray satu hall sampai ke dapo. Pintu memang aku pastikan tutup sentiasa. Heh.

Mak aku pernah cerita masa dia kat mekah, dia kata ada sekor lalat terbang dalam bilik dia, pastu dia cakap, ishh mana datang lalat ni , dengan kiasa allah, mak aku kata makin lama makin banyak lalat dalam bilik tu. baru dia sedar dia dah tersalah ckp. Apa kaitan dengan citer aku? Ada satu hari tuh aku tak tau mana dtg lalat bebanyak, dekat sliding door. Sekor sekor aku libas mati, seminggu tu aku asik dapat mkanan ada lalat, memula makan bihun sup, baekk punya hirup kuah, tetiba nampak lalat, dah nak habis kot bihun sup tu, memang menyumpah la, pastu selang sehari tu aku pi kedai mamak, makan roti canai pas balik jogging, pun ada lalat, pastu dalam air aku. Sampai laki aku kata "tulah" sebab obses bunuh lalat. Heh!

Tapi apa yang aku nak cerita sebenarnya pasal cik siti, sejak kebelakangan ni aku asik dengar suara dia dekat betul. Memula ingat kat luar, tapi malam semalam masa tengah ajar bebudak ni maths, baby nampak benda bergerak jalan ke store bawah tangga, apalagas memang bising la mulut aku ni ha. Suruh laki takmau amik port . Ada ke suruh biar n nanti??? Dengan keberanian yang sedikit ni aku gagahi ngan menyepray cik siti tu. dia lari ntah ke mana. Memang prengset la. Malam tadi aku tido aku masih dengar bunyi, itupun pukul 7 pagi, boboy trrus jaga dari tido tapi dia pun tak nampak juge. Cik siti comel lote lagi pun, tapi bunyi dia masyallah kuat.

Now pak samuki tengah pecah tiles bilik atas n tangga nak pasang tiles baru. Arghhhh mesti rumah berhabuk giler..

Sunday, September 16, 2012

selamat hari malaysia, malaysiaku

cuti -cuti hari malaysia ni kebanyakkan orang amik kesempatan untuk pergi berjalan-jalan dengan family kan. nama pun cuti. tapi cuti aku tetap dihantui kerja. email dan sms bos tetap ada. aku tak paham kenapa kena macam tu, macam la takder isnin. terus berazam dalam diri kalau aku jadi bos esok aku takkan buat macam ni kat staff. cuti means cuti la. rimas tau ...rimas.

pepagi dah hujan. tu point aku tarik selimut lagi ahahahahha. bangun jer anak bising lapa lapa. kah kah kah. ok terpaksa bangun . derang ni memang. kalau makanan depan mata dia tak makan banyak. tapi asik nak makan jer, sehari baper kali nak makan. makanan kena sediaaaa jer depan mata.

esok cuti lagi. tapi tak tau nak pergi mana. pergi zoo kot. ahahhaha zoo lagi . tempat yang paling dinantikan oleh anak anak. berpuluh puluh kali pergi tapi deme akan jadi terlalu excited setiap kali nak pergi zoo. tak tau kenapa. padahal binatang yang ada sama jer kedudukannya setiap kali pergi. fees masuk makin lama makin mahal. binatang makin lama makin takder. sama ada mati atau menyorok. entah.

oklah. nak pergi buat breakfast. apa yang ada dalam peti tu bantai jer la breakfast. cucur ikan bilis la kot. makan panas panas cicah sos nyum nyum nyum. daaaaa.

Tuesday, September 11, 2012

Hari ini dalam sejarah

Hari ni kira hari bersejarah la kot, sebab aku berjaya hantar laporan tesis yang sepatutnya kena hantar semalam, tapi selamba badak aku antar hari ini, alaaa dia bg duedate suruh hantar jer, tapi sebenarnya depa terimaa lagi walaupun dah lepas tarikh hantar. Taktik suruh hantar cepat la tuh.

Tadi pagi jugak ada jamuan hari raya fakulti. Makan tak berapa nak sedap la kot. Takder la mewah sangat, biasa biasa aje, sampai kol 12. Sempat la aku nyanyi satu lagu raya. Lepas gian nak nyanyi. Suara bukan sedap pon. Tapi saja nak test confidence diri. Kah kah kah

Okey nak start buat koje opis, ikut kan letih. Tadi petang aku jogging, setelah 8 minggu aku tak jogging. Gile malas. Ni kena juger jogging sebab makan sana sini tak ingat dunia kan. Okey chow dulu

Monday, September 10, 2012

Fenats

Kerja seorang perempuan yang bekerja tak habis sampai pukul 5 je, habis office hour kerja bersambung kat rumah, kemas rumah, lipat baju, basuh kain, masak, sampai la ke malam, kalau macam aku tambah la satu lagi, kerja opis bawak balik rumah. Aduhainya. Bukan rela, tapi terpaksanya aduhainya pon. Hari hari pon gitu.

Tapi ini semua tanggungjawab, jadi amanah ni kenalah pikul, samada suka atau tak. Samada dalam rela atau paksa, haihhh

Perut kriok kriok la plak. Mari tegok ayor suam dulu.. Gulp gulp gulp. Hari ni kena masak ikan patin masak tempoyak. Senang jer masaknya campak campak jer, tapi nak siang ikannya. Cabaran. Aku bukan masak tahap masterchef kan. Tapi bolehlah masak untuk family. Ngeeeee

Dah dah dah. Aku nak masak. 630 dah ni. Malam sat lagi nak kena buat kerja opis plak. Okchow

Monday blues gangnam

Kadang kadang aku rasakan, alangkah bertuahnya kalau aku ada mejik, yang boleh hentikan masa, aku nak jumaaattttt jer, or hari sabtuuu jer the whole time, jadi aku ada banyak masa senggang bersenang lenang tido tengok tv jalan jalan, window shopping. Tapi itu mustahil la kan, ahad tetap ahad, dan isnin akan datang jua,

Pagi ni aku kena jadi penyambut tetamu untuk syarahan perdana kemerdekaan. Dah orang mintak tolong aku pon tolong jer la tanpa banyak alasan. Pagi2 bos dah sms tanya pasal kerja semalam. Pening sebab tugasan tu ditolak mentah mentah, aiyooomaaa kena buat balik la nampak gayanya.

Bilaaa la kerja ni nak abes, aku nak cutiiiiiii lelama sikit pergi jalan ker, pergi oversea ker, hek hek hek berangan lebeyyyy.

Okla. nanti aku sambung lagi, tengah pikir jalan mana harus aku pilih ni. Kah kah kah,

Sunday, September 09, 2012

S.a.w.a.n.g

giler lama bersawang blog ni. pejam celik pejam celik aku dah habis belajar dah. nak tune idop start macam dulu dulu masa sebelum belajar balik . ackward giler. mungkin akan further lagi. insyallah. kalau diizinkan tuhan,

idop sekarang lebih baik dari dulu, alhamdulillah. anak anak dah besar, bila browse balik life dedulu, rindu plak. rindu nak ber anak kecik balik. tapi malas plak rasanya. yer lah sekarang anak dah besar senang. semua diorang buat sendiri, bangun pun boleh bangun lambat kalau weekend :) ngeeeee

kecuali sekarang kerja kat opis berlambak. takder masaaaaaaa nak goyang kaki n mengulat cam dulu lagi. dulu time kerja pun leh ngulat tengok wayang. sekarang? nak tengok facebook pon takder masaaaa

tadi pergi open house acaii. taun ni punyer raya tak macam raya taun taun lepas, banyak jalan rumah sana rumah sini. taun ni sendu la sikit. harapnya ni bukan raya terakhir aku la. aku banyak dosa lagi niii..

oklah laki aku pun dah balik dari jogging. ish apa mimpi aku update blog hari ni ntah. okbai

Wednesday, December 14, 2011

Exam

Today i got paper, tapi setiap kali aku cuti exam mesti mood malas baca tu lebeh dr mood baca, padahal tak baca apa lagi tuh... Kemon ko ingat ko terer sangat ker paper ni?? Please baca notes instead of ko baca status orang kat fb or kat tweeter.... Gosh ..... I really need help

Tuesday, December 13, 2011

Wondering

Korang pernah baca novel melayu tak? Novel melayu yang sometimes ada terselit english speaking lam dialog dia.. A few days ni aku habiskan cuti aku ngan baca novel, i mean re-read kot, sebab ive read this novel before this, aku ada novel ni tapi kakngah amik ,,, tak pulangkan lagi, so ada one day ni aku browse trough my tweet TL, ada someone yang tweet cerita bicara hati will go on series tv, start hari ni, so aku ni macam lupa lupa kacang.. Aku memang ingat aku pernag baca title ni tapi aku lupa cerita dia cam mana, so aku google, sekali jumpa novel online.. 584 pages.. So baca from page 1 la.. Satu ari jer amik masa untuk habiskan, pagi baca sampai malam kol 2 pagi abes... So bicara hati yang akan dilakonkan oleh sharnaaz ahmad sebagai tengku shahran dan christina suzanne stockstill sebagai zahlia start today 13 dec,

Eh eh sebenarnya aku nak citer lain dah ter cakap lain plak.... Sebenarnya apa yang aku nak cakap sometimes author novel ni kan kot yer pon nak tulis dialog english buar ler betul grammar nyer.. Bila aku baca aku pun nak tergelak , ayat dia kelakar bila baca, aku tak cakap aku terer english tapi dia punya ayat tu obvious sangat ... Entaahlah susah nak cakap.. Korang kena baca sendiri la kot...

http://www.scribd.com/mobile/documents/7293797/download?commit=Download+Now&secret_password=

Friday, November 25, 2011

The thing i keep ignored

Rumah aku ni, everytime barang dapor habis, hubby mesti ajak kuar beli ( ahahhaha popoyo plak macam aku sorang jer) , maksud aku, ajak pergi shopping groceries la kan... Setiap bulan kadang kadang 2-3 kali gaklah beli barang dapo.. Tapi setiap kali shopping brg dapo, aku selalu elakkan diri dari tengok total yang hubby kena baya.. Tak tau kenapa, mungkin aku rasa bersalah kot sebab pakai amik jer apa barang yang aku rasa perlu( kadang kadang yang kurang perlu pun aku sebat- buat tutup mata sebelah) tapi most of the time aku amik yang betul betul dah habis stock la

Tapi tuhla, aku avoid tgk pos machine tuh, seboleh boleh nya aku tak nak tau berapa total yang laki aku kena bayau ahahhahaha, sian dia... Tapi tu dah tanggungjawab dia kan... Ngeee

Ok pagi ni aku nak cerita pasal satu benda. Erm aku ni kadang kadang kalo curious nak tau pasal satu benda tukan aku mesti nak tau juger, rasa macam hidup tak lengkap kalo tak tau, walaupun dia macam takder kena ngena ngan aku tapi.... Aku nak tau juger sebab dia citer sikit sangat, cerita plak best n interesting kan??

Betulla kata orang less is more