Tuesday, April 07, 2009

jom.. sama sama pecah kan lemak....

berat saya dah naik
jadi saya dah tekad...
nak turun kan balik mana yang patut
( ker aku jer yang rasa berat aku dah naik..??)

arghhh tak kira....
aku rasa suar jean dah mula mengetat di sebahagian tempat...

jadi mari kita sesama bersenam
5,6,7,888888888


angkat kaki berselang seli sebanyak 10 kali
pusingkan tapak kaki mengikut arah jam


baring telentang dan angkat kaki ke atas, gerak kan kaki ke kiri dan ke kanan 10 kali


duduk tegak dan kaki dibengkokkan, kebelakangkan badan anda dari kedudukan asal, ulang 10 kali


duduk tegak di atas kerusi, bengkokkan kaki dan angkat kaki ke atas dan turunkan kembali, ulang langkah ini 10 kali


duduk tegak, besila, angkat tangan keatas dan bengkokkan seperti dalam gambar, ulang dengan tangan kiri dan lakukan juga sebanyak 10 kali


berdiri tegak, letakkan tangan dikepala, dan bengkokkan kaki serendah yang mungkin sebanyak 10 kali


dudk tegak bersandar di dinding, angkat kaki dan luruskan, dimulai dengan kedepan, kekiri dan kekanan tanpa kaki mencecah ke lantai 10 kali


baring mengiring dengan tangan dibelakang kepala, kemudian angkat badan menghala ke sisi dalam kiraan 10


tundukkan badan, tangan kanan cuba mencapai kaki kiri dan tangan kiri mencecah kaki kanan, ulang sehingga 10 kali

dan akhir sekali


baring terlentang, angkat bahagian punggung ke atas sehingga kaki anda mencecah kepala anda sendiri tetapi badan masih lagi melekap di lantai. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali


p/s:: anda sudah pun membakar sebahagian lemak dan selulit
di bahagian perut dan peha anda
selamat mencoba.... :)

2 comments:

  1. tang mana yg gemuk nih sis...cuba bgtau sket! sy tgk sis dah kurus kering jerk! erkkk kalo sy harus le...heheh

    ReplyDelete
  2. haa.... meh kita try sesama nak...?kasi kecit sket perut nih la...

    ReplyDelete