Wednesday, December 10, 2008

apakah hikmah disebaliknya... dapat tido hotel free

aku tertarik nak tulis pasal kejadian tanah runtuh ni
hmm bukan aku tak kesian
kesian memang la kesian kan
cuba aku dalam keaadaan gitu..
huh harus aku meraung seh
kehilangan harta benda dan juga keluarga

tapi masalahnya
derang yang 'kaya raya' ni
bila senang tak ingat orang bawah
dah kaya lagi bertambah kaya
banyak dato dato datin datin dok situ
ada yang menteri menteri lagi
so korang pepaham jer la
mungkin tak bayar zakat ker
makan duit haram ker

tapi yang aku heran nyer
kalo mangsa mangsa kaya ni homeless...
yerlah rumah dah ranap runtuh apa bagai kan
bleh plak derang bagi dok hotel sebagai penginapan sementara...
tak caya?? ni aku petik sikit berita

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menjelaskan hanya mangsa dari 14 banglo yang ranap dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Sabtu lalu, yang layak mendapat penginapan di hotel. Beliau berkata kerajaan hanya akan menanggung kos penginapan di hotel bagi mangsa yang berkenaan dan bukan untuk penghuni yang diarahkan supaya mengosongkan rumah mereka. “Mangsa yang tinggal sehelai sepinggang saja yang akan ditanggung kerajaan. Mangsa yang terbabit diminta mendaftar di pusat operasi Yang Dipertua MPAJ di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini.
Khalid berkata timbul kekeliruan di kalangan penghuni yang diarah mengosongkan kediaman mereka mengenai penginapan di hotel yang ditanggung kerajaan.



wah...
yang sehelai sepinggang dapat dok hotel kerajaan tanggung yer
habis yang banjir kat terengganu tuh
yang umah terbakar sehelai sepinggang tu
tak plak bagi penginapan hotel ditanggung halal
perghh

mana aci beb


p/s:: lu pikir lah sendiri..
kiranya dah miskin lagi betambah miskin la yer
bijak ...bijak


3 comments:

  1. salam.. 1st time sampai blog u. nk tanya, start umur bape u send ur child to smart readeR? fees mahal x? citer la sket..... i minat, tp my doter baru 1yr++.. so nak tau bila age yg sesuai nak antar ke SR ni. Ade provide daycare ke?

    ReplyDelete
  2. acik pun rasa nk buat N3 pasal tanah runtuh ni...tpi tk dan lagi..
    mang cam ada bias dlm melayan mangsa2 bencana ni.
    ala MR, klu yg kat kelantan tengganu tu mang da biasa idup susah.kat kemah...kat dewan sekolah..kat masejid..
    Tapi datuk/dato' datin ni semua mana biasa..aper kelas nk tempatkan mereka cam rakyat jelata yang lain...
    Walupun selai sepinggang, mereka masih ada reter lain lagi kan...
    tah2 umah kat situ umah pesinggahan je...umah kedua, ketiga keempat...agaknya la..

    ReplyDelete
  3. yer yery yerer.. kak cik betul... rumah tu rumah persinggahan jer.. kalo tak takkan lah peguam tu sanggup bagi PBT hancorkan pagar rumah dia semata mata nak selamatkan penduduk lain... sementara dia dok umah lain kat area tu gak... itulah... reta banyak..tak guna ke jalan yang benar... guna ke jalan lain memang la allah bagi musibah...

    ReplyDelete