Friday, April 15, 2016

Mood down sikit

So start new day
Mood ada down sikit
Tumpang sedih sebab hubs iols DNF semalam
Motif iols yg down?

Yerlah. Tumpang down juger
Cubit peha kanan peha kiri terasa
Avoiding segala media social for a while
Especially FB
sebb taknak tengok posting and status orang lain
Iols boleh jadi lagi down

Dah la kerja kat office gila tak hengat
Bila pikir kerja kat ofis boleh buat iols stressed lagi
Menimbun dengan macam macam kena settle.
Sampai tak tau nak buat mana satu.

Oklah sampai sini dulu
nnt iols tulis lagi

Wednesday, March 09, 2016

Anyeong haseyo

Weeeee...
Lama tak blogging
Ahahah buang tebiat kot ni

Sebenarnya sejak ada fb ig apa semua ni
Keterujaan nak update blog ni kurang
Semua dah hempuk kat fb kannn

Okey now nak citer sikit
Sejak Oktober taun lepas semua aktiviti lari banyak kensel
Membawak laa ke taun ni
5-6 bulan iols mereput tak masuk apa apa event larian
Gitew.. Maka selama 6 bulan ni berat naik satu kg sebulan ahahahaha
Bila dah naik ni. Terasa la semua kain baju ketat metat kan
Maka kembali ke cara hidup sihat.
No more nasi, more excercise.

Tapi bila dah lama tak workout ni, kadar peratus kemalasan tu tinggi
Asal laki aku ajak jog petang je aku cam malas
Panas satu, timing cam tekejar kejar sebab anak anak balik sekolah kol 6

Actually now aku lam meeting
Kena wakil bos masuk meeting
Asik wakil bos je dalam meeting
Dia asik takdaaa jer

Oklah.
Sampai sini dulu
Eheh tatatatatatatatatata


Sunday, August 18, 2013

Syawal 11

Still mood raya. Gua jalan rumah kawan laki gua, malam tadi dah datang, anak dia tido rumah gua malam tadi, so ari ni gua bawak they all tengok wayang.. Cerita planes.. 

Okey terkedu gua kejap, mak kawan laki gua ni selamba je sound menantu perempuan dia ( wife kawan laki gua).. Nasib gua takder mak mertua camni. ( oo gua ada mil tapi macm takder )

Alkisah mak kawan laki gua ni tanya kat anak laki dia ( kawan laki gua la) siapa yang masakk lauk ni... Dia kata lagi ni sure la anak laki dia yang masak sebab memang everytime katanya anak laki dia yang masak. Tak pernah lagi kalau menantu dia masak pastu panggil datang umah makan. Aiyoohh mil ni laser woihh.  Gua diam ajerlah. Mak dia ni mmg dari gua anak dara lagi kalau gua melepak umah anak dia memang belagak eksen sikit. Suka meninggi diri. Bukan nak cakap la kan tapi mak ni dari kelantan. 

Gua terpaksa dengar cerita dia baru balik melancong dari salah satu negara asia la.  Okey gua memang tak pernah pergi melancong luar dari malaysia. Dalam malaysia pun gua belum habis tawaf. Okey sedar diri.

Okey gua nak kena sambung dengar cerita ceriti mak dia. Nnt sambung lagi. Daaa

Tuesday, March 19, 2013

baju kurung baru

sebenarnya semangat nak pergi kerja ari ni kurang sikit. jadi gua pakai baju kurung baru. baru beli minggu lepas. tapi murah punya la. 39 hengget jer. jadi la . gua memang cheapskate. takder branded pun gua boleh pakai. asal cantik.

pada gua branded ker tak branded tu perkara nombor dua. memang dulu wa suka jer beli barang branded. zama belajar kat u dulu. padahal duit banjer kaklong bagi. duit mara. plus duit bapak gua bagi lagi. belanje sesuka hati. beli baju, suar jeans levis semua.

tapi sekarang,brand doesn't matter. yang penting cantik. tapi kengkadang ada la merasa nak beli original. nafsu perempuan kan. itu lumrah. kah kah.

tapi pernah tak lu orang dengar pepatah yang kata, kalau kita menunjuk nunjuk sangat a.k.a riak , allah akan tarik balik apa yang kita ada tu. gua rasa pasal tu la beg authentic coach gua kena rembat. mungkin gua riak dalam tak sedar. tapi gua tak bawak pi opis pun. adalah sekali. gua tunjuk kat member sebelah..  tapi bukan niat riak pun. niat nak share kegembiraaan. hahhahaha bley????

eh tadi sebenarnya nak cerita pasal baju kurung baru kan. melalut terlebih plak. ok ok sebenarnya gua dah lama tak beli baju kurung las beli masa raya. tu pun bukan kurung. tu kebaya moden. bead sana bead sini. cam mak datin. cam tak sesuai nak bawak pergi opis. sebenarnya boleh jer. tapi gua rasa over la plak kan. eh dah 11.30 am dah??? kejap jer plak ari nih. ok nak siap siap kerja pastu nak balik amik anak gua.

sebenarnya apa yang gua nak cuba sampaikan kat sini. kalau lu rasa pagi tu lu takder semanagat mood lu down or unmotivated, cuba pakai baju yang lu rasa paling cantik, baju baru or yang colourful. sure lu rasa tetiba mood lu berubah. ala ala sekelip mata kau berubahhhh lestary. keh keh keh. ok done. gua chow dulu babe.

Monday, March 18, 2013

Kena rampok

Gua rasa perampok perampok kat luar sana tu dah terdesak sangat kot, cer kome koje dari kome merampok sana sini. Al kisah hari jumaat yang sangat gua tunggukan yang lepas, 15/3, gua baru lepas solat maghrib. Anak pompuan gua nak ngaji, jadi gua ajarkan kejap. Anak laki gua kat bawah tgk tv. Tetiba dia nangis nangis naik atas sambil kata ada org bukak bonet keta gua. Berderau darah. Laki gua terus turun and kuar. Tapi berdebah mangkuk ayun tu dah berambus la kan.

Cek cek... Tengok perampok bedebah amik gua punya henbag lam keta. Binawe sungguh. Gua baru pakai beg coach authentic yang gua baru beli online. Cinabeng. Terkilan betul. Bukan ada duit pun dalam purse gua. Setakat ic, mykid , lesen , atm card ada lah. Yang kelakar nya gua punya suar jogging, baju jogging, tudung jogging, n stokin nike pun dalam beg tu. mesti perampok tu bengang sebab tak der hasil. Tapi kalo perompak tu tau beg coach gua tu original dia boleh jual.

So ari ni gua terpaksa amik el. Pergi buat ic, mykid anak gua. Petang nanti baru buat lesen dengan atm card. Ada hikmah jugaklah gua hilang beg coach gua yang tersayang, semalam laki gua offer beli online beg, so gua ngan daringnya pi surf chanel punya website. Kuang kuang kuang. Sudah sambar white chanel. Thank you to laki gua yg baik hati. Kasi upah saja sudah dapt chanel beg. Wehoooooooo.

Okey gua nak pi melantak kat kedai mamak. Lapa tahap gaban.

Monday, February 04, 2013

hiatus

sejak jadi blogger tak tegar ni, sekali sekala ajer la update, lagipun bukan nya gua ramai reader. kui kui kui. so bila sekali sekala ajer update orang ingat kita hiatus kan. Sekejapan aje dah masuk Feb. ish kejap beno rasanya.

Cerita terkini terhangat di pasaran adalah satu dua, tapi malas nak komen . lebih baik kita jadi pemerhati saja. orang yang tak penting cam kita ni buat apa nak komen bebnayak. kang kena kutuk plak dalam forum cari. naya jer

semalam baru beli cd KRUNOMENA. kata peminat kipas susah mati kan. so wajib la beli. sejak beralih arah ke dunia arena Kpop ni lagu lagu lailn memang gua jarang dengar. tv gua memang asik la channel 393. youtube gua penuh dengan subscribe korea channel. tu belum lagi list itune gua. kui kui kui. semua penuh lagu kpop ajer. bagi gua lagu kpop lagi sedap dari lagu melayu sekarang yang ntah apa  apa ntah.

ni semua gara gara gua layan runningman terlebih la ni. gua rasa bila gua layan runningman macam gua berada di sana sebelah gary ajer ahak ahak ahak. kengkadang tido pon boleh mimpi runningman. aduhai. takleh jadi ni. kena pergi korea la nampaknya taun ni. Eh.

mesej bos ni tak henti henti dari tadi. tu tandanya gua kena stop dulu. nanti ada masa gua sambung lagi.


Sunday, December 30, 2012

Happy new year

Terasa cepat benar 2012 ni, dah sampai ke penghujung, berbagai cabaran, onak duri dan cobaan aku tempuhi... Walaupunnnnn ada kalanya rasa macam tak boleh nak hadapi, tapi berkat sabar, hadapi juga dengan tenang kan...

Aku cuma harap 2013 akan jadi tahun yang lebeh baik dari 2012, bukannya 2012 tak baik, pada aku 2012 adalah tahun yang paling terbaik dalam hidup, cuma harapan biarlah 2013 menjadi tahun yng lebih baik dan lebih bermakna bagi aku dalm soal life, family, kerja , dunia dan juga akhirat, insyallah hopefully.

Bila kenang balik, segala masalah yang kita tempuhi tu sebenarnya yang menjadikan kita kuat dan matang dalam menghadapi hari hari mendatang. Syukur ke hadrat ilahi dengan apa yang telah diberi. Dan alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dn kesempatan untuk hidup di bumiMu ini.

Buat teman teman semua, saya mengambil kesempatan ini, meminta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, terguris rasa, harap dimaafkan, mulakan tahun baru dengan semangat yang baru dengan menjadi seorang yang baru dengan buku yang baru. Assalamualaikum dan jumpa lagi!!