Tuesday, November 11, 2008

untuk kali kedua...

aku amik exam ni
bosan..
sebab takder kawan sepersembangan...
hahahhaha
ader ker word ni ..
arghh bantai..

2 hari cam rasa
4 hari...
letih siot

lena diulit mimpi...ahahhaha





p/s:: decided not to go to the team building on 28/11- 30/11, please find my replacement
thank you..

Saturday, November 08, 2008

move it move it.... i like to.....

move ittttt....
tengok madagascar
escape to Africa
dengan my family
bes..ehehehhh

reason aku tengok...???
sebab danial nak tengok
his the one who dragged us to the cinema....




p/s:: danial ikut perangai kitaorang kot...
suka tengok wayang...

malam mesra yang tak mesra...aahhahaha

taken with nadia's
sony erricson K530i
we didn't bring any cameras
hahahaha
so here the piccas...










p/s:: thanx to my sis in law for the lovely makeup...

Thursday, November 06, 2008

bosan nyehh

meeting untuk malam mesra
dari 2.30 sampai kol 5 petang
problem solve??
not solve..
derang sambung..
aku???
balik.....



p/s :: syikin..tengah gosip ngan kak ita baik punyerrrr.. pasal seseorang...ahahhaha

Wednesday, November 05, 2008

i'm lovin it..

dah lama ngidam..
pastu ader orang ajak...
apalagas....

burrrppp...
alhamdulilah..
tak ngidam dah




p/s:: aku teman orang sebelah yg ngidam jer..
ehehheehe...

Tuesday, November 04, 2008

Cinta Yang sempurna

aku selalu dengar lagu ni dalam radio
tapi tak tau tajuk
till one day my nephew come over umah aku
pastu sebok soh aku cari lagu ni
sebab nak letak dalam hp dia
since that day aku suka dengar lagu ni lagi..
sebab dah tau lirik dia

just nak share ngan korang




Cinta Yang Sempurna - 6ixth Sense feat. Noe (Letto)

Terbawa aku dalam rasa
Yang selama ini terlupa
Ooohhh Ooooh
Mungkinkah ini cinta…

Hatiku cuba
Tuk mencari
Kemana aku telah pergi
Ooohh Oooh
Mungkin ini semua mimpi

*
Hanya ilusi
Cinta yang menipu
Keindahan yang semu
Semua hanya palsu
Keindahan semu
Semua hanya palsu

**
Bawa aku….
Kepada MU
Keindahan yang tak semu
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan
Ku terlupa pada Mu

Kasih tempat mengadu
Takkan ada cinta yang bisa sempurna
Selain kepadaMu
Kepada MU


p/s:: korang layanzzzzzzzzz


Mari Belajar Sejarah

Lenggong adalah sebuah bandar di bahagian utara Perak, Malaysia yang terletak 100 kilometer dari utara Ipoh. Bandar ini juga berhampiran dengan Gerik, Empangan Temenggor, Lawin, Kota Tampan, Banding dan lain-lain. Bandar Lenggong boleh dikunjungi melalui jalan utama yang menghubungkannya dengan bandar berdekatan. Jalan ke Lenggong kebanyakannya diselitupi oleh ladang sawit dan hutan rimba. Banyak lembu dan kerbau sering kelihatan di sepanjang jalan.


Lembah Lenggong merupakan tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak tempoh Paleolithik telah ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak, rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Di sana telah telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologikal Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam lingkungan satu ladang kelapa sawit di jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik (atau Grik). Rangka manusia paling tua ditemui di Malaysia terdapat dalam negeri Perak di Semenanjung Malaysia. Lokasinya yang tepat adalah di Gunung Gua Runtuh, sebuah gua tempat persemandian terakhirnya yang terletak di Bukit Kepala Gajah di Lembah Lenggong di Ulu Perak. Rangka tersebut merupakan seorang lelaki dengan satu ketinggian kira-kira 157 cm, yang berusia sekitar 50-an. Ia ditemui pada 1991 dan rangka tersebut telah dikenal tarikh sebagai berusia sekitar 11,000 tahun. Pada tahun 2004, satu lagi rangka telah dijumpai di Teluk Gua Kelawar di Lenggong, Perak oleh satu pasukan ahli arkeologi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Kali ini ia adalah adalah 'Wanita Perak' dengan ketinggian 148 cm dan dipercayai berusia 40-an. Satu kawasan pengeluaran peralatan batu yang tidak diganggu di mana peralatan kerikil dihasilkan dengan menggunakan alat seperti andas dan tukul batu telah digali di tapak arkeologikal Kota Tampan. Bengkel ini bertarikh semenjak 75,000 tahun dahulu. Lenggong adalah juga masyhur kerana hidangan ikan air tawarnya. Makanan istimewa tempatan adalah pekasam, iaitu ikan yang diperap bersama garam dan beras bakar, dan biasanya diperam dalam tempayan selama dua minggu.

otw ke lenggong




p/s:: itu saja untuk ari ini.. gambar gambar aku n family sewaktu di lenggong akan aku update kemudian...sebab banyak naa...

Monday, November 03, 2008

aku yang kekenyangan

selepas memakan sebiji sandwich
aku kekenyangan
bila kenyang mata jadi kuyu dan layu
kaki juga rasa penat
gara gara berjalan di kota kajang
bersama bosku...
ni sumer gegara dinner hari jumaat ni la
huh.. takder idea lagi
what to wear
tadi jenjalan cari idea jer

sebenarnya aku nak story mory one thing
aku sebenarnya tak marah cume aku heran la
ada satu minah ni....
aku tak tau la napa dia act cenggitu
ker aku yang terasa gitu ker
ntah la
cumer obviously dia ni cam tak suka kot kat aku
sebabnya
aku ader masuk satu social network nih
pastu dalam tu ramai la kawan2 aku yang lama aku tak jumpa kan
aku suka la komen kawan kawan aku dalam tuh
( tak le selalu... kalo aku rasa aku patut leave a comment.. then i'll leave one or two words ahh )
the thing is apparently ni there's one minah nih
asal aku komen jer....dia mesti ban aku
memula aku tak terasa
but after a while kan
baru la aku noticed
sebab gaya cara dia menaip tu h memang nak kenakan aku
nyampa la palk
asik puji orang melambung jer...depan
sumer orang lawa...walaupon gemok cemana pun lawo...
nampak sangat hipokrit
orang yang hipokrit ni memang hidup tak kemana la
depan puji melambung
belakang kutuk
yer pon cakap la bebaik kat depan...
aku dah banyak kali kena ngan dia
selamba kata aku $@#.. patut ker
sebab dia kata aku ni %$&*@ sangat so nampak aku $@#...
jeles kot sebab badan dia tak cam aku
pathetic tol orang cam ni
dulu perangai tak plak camni
sekarang dah tua baru nampak...
agaknya sebab dah bosan kot dok umah jer....
lainlah kita kerja
at least ader benda lain nak buat
ni asik bertenet jer 24 jam..
tu yag sumer orang dia nak komen tu


maap la yer kalo sesapa yang terasa...
aku sebab dah malas nak layan perangai ko..
memang aku tak layan pon
buang masa aku jer...




p/s:: kang aku cakap bodo tak supan plak..... tapi memang yer... orang bodoh belagak pandaii...

Special Edition For RangGie Photography

kepada para bakal2 pengantin yg akan melangsungkan perkahwinan....so pada korang nanti erk...jgn letakkan pemilihan jurugambar perkahwinan anda di tempat terakhir dlm senarai persediaan kawin anda...kerana akhirnya...photographer yg anda inginkan di tempah org yg terdahulu....kebanyakan dari kita hari ni memang tak di nafikan....semua majlis nak nampak 'grand'..nak nampak gempak agar menjadi buah mulut org..yer laa at least bangga laa majlis menjadi pujian org...tapi korang sedar tak betapa besarnya impak dari seorang jurugambar di majlis korang kelak....ok biar aku terangkan...katakanlah...pelamin khemah n dewan korang abis dekat 10K -15K ok fine...korang puas hati tapi segala kenangan tersebut hanya akan terpahat di hati + perasaan bangga org kata majlis grand dsbnya....so itu jer tu pun mungkin bertahan citer tu dlm masa setahun 2 tapi......lain pula dengan gambar perkahwinan serta album kahwin korang....tanpa korang sedari sebenarnya ...selepas kahwin memang dah menjadi tradisi...org akan tonton gambar kawin anda...dan org akan tengok album kawin korang...bahkan setiap org yg datang ke rumah si pengantin baru ni mesti benda pertama yg di carinya album kahwin....soo benda ni bukannya habis kat situ jer....malah....selepas 20 tahun nanti album kahwin ni juga yg akan korang tatap dan kenangi bersama anak tersayang...serta akan kembali laa segala memori....detik2 manis...waktu majlis korang...dan segala kemeriahan pada hari tersebut akan korang rasa kembali setelah membelek album kahwin korang ni nanti kelak....so maknanya investment korang terhadap seorang jurugambar tu sebenarnya berbaloi...kerana ini laa Kenangan yg akan korang ingati walaupun peristiwa tersebut telah berlaku 20 tahun lamanya....so ni serba sedikit pandangan dari aku...so pada bakal pengantin...letaklah "pemilihan jurugambar perkahwinan" anda ni di senarai teratas semasa hendak membuat persedian perkahwinan anda..kerana sesungguhnya..ianya sebuah sentimental value yg istimewa dan tidak akan dapat di ulanginya lagi....






p/s::Hanya sekali seumur Hidup..... Abadikan Detik Indah anda Bersama Ranggie Photography... untuk keterangan lanjut sila hubungi.....
Yus + 012-3545657
As + 012-2350476


memang pantang mak nenek aku la

korang pernah tak encounter this kind of situation
.... misalan la
korang nak pump tayar,
hari plak hujan renyai renyai....
nak tak nak kenalah tunggu kan
so aku pun nunggu la dengan sabar
tiba time aku..
aku baru jer pump tayar yang pertama
adalah plak macha ni
dengan bergaya kuar keta cam hero citer dia
ala ala rajnikanth la
tengok jer aku pump taya

apa hal lu macha nak usha wa
aku baru jer pump taya
ader lagi 3 taya aku nak pump
korang tau....dia bleh usha aku pump satu satu taya
kot yer pun saba la...

huh nyampa aku
mencabar keimanan aku jer




p/s:: citer aku di lenggong nanti aku citer next entry ok!!!

Thursday, October 30, 2008

A True Story

aku baru lepas menyinggah blog orang
tetiba aku terbaca kisah dia dulu
n suddenly aku terbayang kisah aku

ngkorang tau nggak aku dulu pernah kerja kat mcd??
erm mcd depan super kinta
( dulu super kinta la..sebelum super kinta tu terbakar..and now dah jadi pasar besar ipoh..)
sebelum aku kerja situ..
aku belajar kat informatic sebelah jer mcd
biasalah dulu dulu pas abes sekolah
mak pak soh kita baja komputer
haa.. dulu siap kena belajar excel, access apa bagai
skang tak payah daaa
belajar sendiri
hmm back to the story...
alamak laki aku dah balik la plak
...nanti aku sambung..
ahahaha
aku malu nak taip depan dia
ahahhahahaa




- edited -

hmm.. al-kisah lepas aku belajar tamat ketiga tiga kursus yang aku amik kat informatics tuh aku pun berkira kira nak kerja la
lalllaaa kerja kerja.... lallalala kerja kerja
(ikut melodi meet uncle husin)
so aku pun apply keje kat mcd
aku lupa masa tuh aku mintak kerja ngan sapa ntah

lepas isi borang..
tak lama lepas tu aku dapat la....
kena training dulu 1st day
dengar briefing n tengok video mcd dia
pastu dia kasi train kat kaunter
kalo korang perasan kan..
bila pergi mcd ... counter crew mesti kena jerit jerit
panggil produk..
let say korang nak big mac la katakan
counter crew akan mintak kat kitchen dia
pastu kena jerit ..

masa time aku..
aku kena train ngan sorang minah ni la
kira dia older a year from me
kak syikin nama dia
baik la.. training 3 hari
pastu kena OMO
( one man operation )

masa aku training tu...walaupun jadi assistant kat
kakak trainer tu
aku kena call produk
pastu aku jenis penyegan sikit
kalo tak kenal memang la kan
malu malu kucing gitu ahhh

pastu ader la sorang minah CL ni
Crew leader la... dia selalu jadi PC
PC ni person in between counter crew ngan kitchen crew
kala korang perasan dia selalu dok tetengah...keje dia ..
tentukan bege nak masak baper n wrap bege..
minah ni kira cam nak buli aku la
bila aku mintak produk dia mesti soh aku cakap kuat sikit
aku malu .... pastu bebel bebel ....
tak nak buat order aku
las las aku tak tahan ... aku jerit kuat kuat...
pastu baru dia tau ...
aku saja jer malas nak tunjuk belang sebab budak baru kan

memula kerja aku selalu dapat keje 4 jam jer
yang tak best kalo keje 4 jam
meal yang kita dapat tu kira saiz meal kecik la
air, berger kecik ( cheese bege / beef bege ) ngan small fries
pastu time aku dulu keje ikut jam
satu jam 2.40 ker 2.60
dah lupa...10 tahun yang lepas...
lama lama aku keje pastu aku kira tere la seme station
memula masuk aku masuk aku jadi counter
then lelama aku train kat fries,
pastu aku jadi kitchen crew
las las aku dah buat sumer
sampai back sink pun aku buat
lobby pun aku buat gak
kira aku tak buat closing jer la
selalu aku buat opening ngan middle jer
lama lama aku rasa cam aku nak buat closing
sebab kalo aku buat closing
management akan lebeh banyak kasi aku keje
tak lah seminggu tuh 2, 3 kali cuti
masyukk skit
kalo closing masuk kol 6/7 ptg sampai tutup kol 11.30/12 malam
kira time tuh sapa tak kenal NOOr
wah...
awek rebutan ahahhahaha yang menjadi sebutan
sampai la aku couple ngan sorang mamat ni
mamat ni memula aku tak layan
tapi dia selalu tunggu aku masa aku balik kerja petang ker
memula tu syok la
sebab dia CL.. sebab kalo aku sama shift ngan dia
dia mesti bagi aku rehat n tak la pressure aku sangat kat counter
ahhahaah... syok
stock up tak yah buat...dia yang buat kan
tapi lelama aku bosan ngan dia
sebab dia ni kekampungan sikit
style dress up ..seme cam kampung la
adalah sekali aku tengok wayang ngan dia
tapi yang aku tak leh lupa masa birthday aku dia kasi aku
present baju guess
wahahahha class nyah

pastu hati dah terpaut pada orang lain
who-was-not-to-be-named
sebab bahaya nak sebut..
keje mcd gak...
hmm actually this guy quite ok la
tapi sometimes aku rasa cam
we were in a different world
hmm...

ish ni dah masuk bab cintan cintun
bab ni lain kali aku sentuh

back to the story mory in the morning glory
masa aku kerja mcd
aku sempat la attend annual dinner mcd
masa tuh taun 97 kot
and it was held at Hotel ..ermm
jap... lupa plak nama hotel tuh
haa... excelsior kot...
kira time tu paling grand kat situ la
masa tu kawan raapat aku
fahmie, si nyah sherry ( dei mana ko nyah.. aku rindu.. ), kak ina
ramai la lagi hampir tak ingat nama
manager manager yang aku baik
abang mahathir, abang rahmat, MAC
( mac ni branch manager, dia selalu offer diri nak hantar aku memalam waktu closing ahahhha )
kak faizah n kak azu
kak azu ni la minah CL poyo yang marah n bebel bebel aku
masa aku memula training tuh
pastu dia naik pangkat dari CL ker FM - floor manager

aku benti mcd waktu namaku di atas
ala ala Laila..namamu dia atas la
kuang kuang kuang
time tuh aku tak di benarkan benti..
oh yer luper aku benti sebab aku sambung blaja
n the management tak nak kasi aku benti
.... kira aku keja part time la
kalo aku cuti semester nanti dia panggil keje
aku on jer la
sedih siot nak tinggalkan... tapi demi pelajaran
aku tega....kakakakka
hmm gitula serba sikit kisah idop first time job aku la







p/s:: memang kenangan la... aku dah lama tak jenguk mcd,
las aku pergi sana sebelum aku kawen...











Wednesday, October 29, 2008

i can't resist when....

one thing i like when we have a seminar at hotel
is the food...
ahhahhaha
memang abes la diet aku
bulan syawal yang mulia ni
kuang kuang kuang

hari ni jer
aku makan 3 kali round
believe it or not

first round : salad, tiger prawn masak apa ntah n muscle yang sedap sekali

second round : lasagne ( it was delicious.. ), macaroni , baked potato ( ... i really like it ) , and a bit of ikan terobok kot.... ahahhaha ikan pun tak kenal..aku ngap jer )

and finally finished my lunch with the dessert... walawei..
marshmallow with chocolate, a cheese cake, an egg and bread pudding
and the chocolate tart

amik ko...
sampai aku tak tau nak letak kat mana dah makanan tu dalam perut
hahahhahahha




p/s:: ini mau naik lagi 2 kilo nih.....

Monday, October 27, 2008

Deepavali Vartikel

cuti,...
dok umah jer
tapi bebudak bangun awal...
dan pagi2 mandi pakai baju cantik jer
bila abah tanyer nak pergi mana...
danial jawab nak pergi tesco
tesco cheras la tu
semata mata nak main kat playground

layan jer la...
lagipon cuti kan..

ini baby si Naughty girl... dia pakai glasses aku..haihh..budak ni asik nak melawa jer

ni time aku mintak balik spek mata itam mau simpan...
dia majuk....

abang dia sebok soh tangkap gambar dia jugak...

mak pak depa pun nak camwhore gak ahahhahhhaa
ahahhahaaha


balik dari tesco pi umah kaklung
sebab kakngah datang umah kaklung
terus dia nak singggah uamh aku

so.. i'd text him ( izuan is my nephew )

Aku: ha... korang kat mana dah
Izuan: ni dah nak sampai gopeng dah ni... :)- , dah sampai sg besi dah ni...
Aku: Bodo.. gopeng pekejadah, ngok.. Ckp ngan mak ko deepavali vartikel...ahahhaha time deepavali baru nak datang raya....

izuan memang cenggitu...suka ejek aku.. sebab aku dilahirkan kat gopeng perak...
hampeh jer anak sedara...

derang balik jer kitorang kuar makan kat tempat lina
makan sikit jer
kat umah pun melambak makanan tak habis
aku buat spaghetti

sampai umah kol 10...
...tengok citer Sivaji The BOss

ahahhahhaha
siot ajer citer nya
aku tak pernah tengok lagi
kalo hubby aku memang rajnikanth ni
fav actor dia
dia dah tengok cd pinjam kat ane tempat dia kerja
ahahhahhaha

aku kuar pi 7e kol 2 pagi
ngan my hubby
sebab nak buat puding karamel bagi dr. sity esok...
tapi last last lepas beli aku tido
dah tak larat nak buat
sebab dah pukul 2.30 pagi
mau esok aku terlambat bangun pergi kerja ni....

Sunday, October 26, 2008

JourNey To the Centre of ehehhehehe Jerantut

ketiadaan saya beberapa hari ini
saya ke jerantut
atas urusan keja hubby ku
terpaksa ikut
sepeninggalan ku ke jerantut
aku miss la nak pergi ker
Jamuan Raya Peringkat uKM
bukan itu saja,
ada 2-3 jemputan open house pun terpaksa ditolak

nak buat cemana
kerna terpaksa
jadi mengangkut lah kami
cam nak pindah la plak rasanya
dengan toto, kipas, ridsect apa seme bagai ku angkut
hahahhaha
yer la ingat dok kat rumah tinggal...betul betul rumah tinggall..
tapi pengantin pompuan bagi dok kat FRIM
oh yer untuk pengetahuan semua
aku ngikut hubby shooting wedding
kat felda di jerantut
memang dalam weh kawasan ni
sampai line pun on and off
korang bayangkan lah nak ker pekan dia pun
bandar Pusat jengka tu dalam 20-30 minit la
agak agak dalam 25-30 km
kiri kanan kelapa sawit jer
ada satu malam tu
hubby tangkap gambar nikah
so aku drop by dia kat umah pengantin
ingat nak cari nasi
tapi oleh kerana kawasan pedalaman
takder gerai gerai makan cam kat kl ni
nak tak nak terpaksa lah aku ker pekan
yang mana aku tak ingat langsung jalan dia
tengahri tu memang kitaorang dah ker pekan
tapi sekali jalan jer
aku memang ingat tak ingat
nak tak nak aku redah jer
sebab kesian anak aku kelaparan
dalam keadaan jalan yang gulap gulita
tiada lampu jalan
cuma kiri kanan pokok kelapa sawit
pergh seram siot
dengan anak dan minyak keta yang kehabisan
( dah nyala ok lampiu minyak nyer)
aku tawakal jer la
nasib la aku ni senang recognise jalan
sampai gak la ker bandar pusat dia
wahahha
at least sampai gak aku ker jerantut
bandar pusat jengka nih
selalu dengar jer bandar jengka
bandar jengka
ermm
tengok tengok aku dah sampai sini
pengalaman la...

petang tu lepas outdoor
kitorang balik
singgah makan kat R&R Temerloh
ni lapar tahap gaban
sebab tengahari tuh aku tak makan apa pun
tapi mak ai rega makan kat sini
mahal siot
kalah restoran kedai mamak la...

hah ni ader sikit aku amik gamba guna tepon..

ni kat depan bilik... tempat dia macam asrama la..
satu bilik ada 2 katil double decker

ni masa sabtu tengahari tuh
aku bawak anak aku pi bandar...
jauh nyer sampai anak aku si kecik kat belakang tu tertido kat belakang

ni masa benti makan otw balik kl
benti makan kat R&R Temerloh

ngan baby yang naughty

rega sizzling noodle yang tak setapp ni 5.50 okeh...
kalah rega kat food court

yang paling aku tak tahan ni...
nak tau rega dia...
RM 8.20 okeyyy...
nasi putih dan ikan patin seketul
hubbby aku tekejut badak gak la
tapi dia dah amik
so terpaksa bayar aarr

Hubby: bape ni bang?
Penjual : lapan hinggit dua posen..
Hubby: mak aii.. mahal nyer, ikan ni baper rega bang?
Penjual : 7 hengget
HUbby : apasal mahal bang...
Penjual : rega ikan dah naik...
Hubby : @$%**

gila la... cekik dara..eh silap cekik darah tol...



p/s:: lain kali kalo korang makan kat R&R...tanyer bape rega dia dulu
kalo tak mau tekejut beruk korang...


Wednesday, October 22, 2008

SAle! saLe! saLE!

ahaks..
pergi JJ
ader JCard Member sales
dengan nadia, gee dan elly
wahhh meriah
best... dapat shopping
tapi ramai ya ampuunnn

tapi kejap jer.. dalam 1 jam jer, pastu kitorang
bergegas balik...

cina ramai ...
beli segala macam...
dari pinggan mangkuk sampai toto n bantal apa bagai
tak sempat nak tawaf seme

huh...tunggu kak eli ngan nadia berzaman...tak kuar kuar lagi.. banyak nyer membeli..

hahahaa.... sempat camwhore...

nampak itu beg plastik.... saya suda membeli....

otw balik...ahahaha sori adik gee... muka awak tak nampak...
sebab dia tengah bz planning ayat apa nak cakap dalam meeting kejap lagi
nampak kelly...siap pakai tali pinggang...

tu kelly, tengah gelak beso...wahahahahhah
ni kelly dah tak pakai tali pinggang..
kejap jer pakai nya....





p/s:: sekian report saya ... tapi saya tak puas lagi membeli belah
pemenang untuk beli belah hari ini ialah nadia
sebab dia berjaya menghabiskan RM 350..
tempat kedua jatuh kepada gee.. dengan nilai barangan RM 160..
hahhahahhaha

Monday, October 20, 2008

Jogging @ 10.30 am...

boleh jogging ker kalo matahari dah mencanak atas kepala??
huh panas giler nak jogging...
malas la..
so bagi the kids main playground jer la
sambil camwhore ..
lagi besh..




p/s:: sampai umah 12.30 ..terus siap nak pergi UKM, kena jaga jamuan la plak...
nasib dengan ain...ehehehe
tapi hampeh.. bukan ada orang pon..
buang masa dan tenaga jer...

tengok??? kosong dewan ni..mana ader orang...
cait..buang masa jewww


Friday, October 17, 2008

di pagi jumaat ... jamuan hari raya FSSK

datang lambat..
bawak danial pergi klinik
semalam hidung dia bleeding
banyak giler
aku pon tak sedar,
bangun pagi tengok ada darah kat tilam dia

bawak pergi klinik dulu
tau jer lah Az- Zaharah..
ramai giler n servis lembab
cam hospital kerajaan la plak

kol 8.30 sampai kol 10 lebeh baru settel
singgah opis hantar rendang ayam tu dulu
pastu hantar danial balik rumah ibu
capek dong...

"ari nih tak yah pedi stolah la ma..." huh ngelat la tuh...

sempat main monster ....

nampak itu monster???...

this is my rendang ayam....



p/s:: gambar raya di FSSK nanti akan diupload kemudian yer... aku nggak ada feel menghapdet blog semenanya...

Thursday, October 16, 2008

KOnVensyen

kena gi HUKM
ader konVensyen K.I.K
bukan masuk pun
pemerhati jerw..

sampai sana..
parking punyer susah nak dapat
kena parking jauh n kena naik shuttle van
nak jadikan citer
aku period la plak
habis la kain aku
tak pernah pernah kena kat kain
huh ... ni nak soh aku balik ker
last last aku balik
tak tunggu habis pon
sebab tak tahan da...
ehehhehe




p/s:: musim ujan skang nih ...

Wednesday, October 15, 2008

Jangan Booking kalo hang takdak duit

len kali
kalo tak jadi
habaq kat cheq awai awai naa
kan dah nyusah cheq
lagi sebulan ja pehtu hang kata kensel
huh...
cheq sebenaqnya memang cheq marah
tapi cheq terpaksa buat buat tak marah
kalo ikutkan hati cheq
mau ja cheq maki
erm.. pasni kena guna taktik lain la plak




p/s:: kalo tak nak lain kali jangan booking!!!

Monday, October 13, 2008

Ist day after long Hari Raya leave

dah jumpa jalan pulang ker??
wah....
baik nyer soklan...
aku cuti lama
deme sebok kata aku tak jumpa jalan pulang
hahahhahahha
kureng ....

1st day start keje
aku ada bengkel MQF + SPIN kat EQ
ehehhe
syiok..
sebab makan bes
lalallalalallaa
baru pose berat turun
ni bertambah la nih nanti
yada yada yada

gambar kat bengkel nanti aku upload la
sebab gambar bukan dengan i,,,eheheh
dengan cameraman jadian
hahaha
dah itu jer..
aku nak relax....






p/s:: gout telah menyerang seseorang
kalo tak jaga makan pas ni
tak taulah den....







Saturday, October 11, 2008

Give it a Try...

dapat email..
kalo korang nak..
cuba jer la...
who knows .. you're the lucky one...

please click here to
Win a Free Handbag!






p/s:: hope i'm the lucky one..

Thursday, October 09, 2008

He-Who-Must-Not-Be-Named

biasalah kalo musim raya giini
banyak ajer citer citer yang ditayangkan kat tv
dari raya pertama sampai la ni ha dah nak sampai raya kesepuluh dah

tak kira lah dari tv1 sampai la ke astro
ria, prima, kirana
seme tayangkan citer syok
ader yang diulang tayang
ntah baper banyak kali ntah

ader satu malam tu
tv2
dia main citer Harry Potter
yang kedua nyer kot
kalo tak salah aku tajuk dia
Harry Potter - the secret Chamber
that night aku tido cepat
masa tu kat kampung
tapi aku bangun balik around 12.30 kot nak buat susu
suddenly aku tengok hubby aku tengok tv tak tido lagi
so aku join
citer harry potter ni start dari 2001 kalo tak salah aku
tapi kitaorang tak pernah nak tengok kat wayang
seingat aku la
masa lord of the ring ngan star wars kuar
harry potter pun dah ader
tapi aku tak tau napa kami tak pernah nak ikut citer nih
lord of the ring ngan star wars habis kami khatam kat cinema
alih alih tersyok la plak citer harry potter nih
ala ala star wars gitu jalan citer nyer

balik kl hubby aku beli la dvd
the whole series of harry potters episode
episode 1 to 5

episode 1 ( 2001 )
Harry Potter and the Sorcerer's Stone

episode 2 ( 2002)
Harry Potter and the Chamber of Secret

episode 3 (2004)
Harry Potter and the Prisoner of Azkaban


episode 4 (2005)
Harry Potter and the Goblet of Fire

episode 5(2007)
Harry Potter and the Order of the Phoenix

dan coming soon in theather July 17, 2009

this is the second last episode
Harry Potter and the Half-Blood Prince
will be on theather only next year..

the last episode is

HARRY POTTER AND THE dEADLY HALLOWS

aku tak sabar nak tunggu la
jadi aku google baca sipnopsis..memandangkan novel dia dah lama jual dah
baru aku tau VOL.. opps... He-Who-Must-Not-Be-Named
tu cemana....
tapi aku still tak saba nak tengok filem diaa
baca sipnopsis ngan tengok cerita lain feeling dia





p/s:: lambat betul tunggu JUly 2009..
aku ingat aku sorang giler HArry Potter
rupanyer ader orang giler ngikut aku giler harry potter



ohh sebelum aku lupa tahniah pada zura untuk anak ketiga..
yang lahir pada 6/10/2008
cukup korum 3 Abdul ko...

Wednesday, October 01, 2008

Salam Aidilfitri

saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
kepada semua pembaca2 sekalian
terutama blogger2 yang selalu jer menyinggah di sini

kalau ada salah dan silap
dan kekhilafanku
ampun dan maaf diminta


Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir dan batin

ikhlas dari

@ as_noor , yus, danial dan dania @