Wednesday, April 30, 2008

MATahari..

aku suka bangat lagu ni...
bestt..
rupanya lagu ni adalah ost dari sinetron RCTI
layan giler lagu nihh...
citer sinetron ni pun cam bes jer
lagi pun citer Putri Yang Terbuang pun
lagi 9 episod habis ler..
hari nih dah episode 51



Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau

(Chorus 1)
Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

(Chorus 2)
Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

ProMosi HebaT...


ni apa punya iklan la
bukan ke iklan nak masuk paper kena ader
proof reader ker
kira nya cek la dulu kan...
bila aku baca
aku plak pelik
hish serius ni...


p/s:: boleh terpesong akidah baca iklan nih...

Tuesday, April 29, 2008

ni lah yang dinamakan ngantuk tahap gaban....

adoiii
kalo aku bulih buat gini kan bes
tapi kan
ader satu benda yang memusykilkan aku
aku try mempraktikkannya
tapi tak berjaya
adakah kerana
1) kerusi ku itu tak cukup rendah
2) meja ku itu tak cukup tinggi
3) atau aku kah yang gemokk??


p/s ::masyaalah.. ni orang memang tahp tertinggi lah ilmu tido dia

Friday, April 25, 2008

did i know u???

ermm still wondering
did i know her
she was like..knowing me for a long time
but the truth is
i don't even know her
eee...tanyer memacam
i was like...urghhhh
do i know her..do i know her
my brain was working so hard..
tryin to remember her face very well
mana tau kot aku yang lupa
but yet..still cant recalled
who was she actually
dont hv the answer by the way..
may be it's a new method on marketing development
ekekekke..tak kenal pun takper lah
janji aku dapat customer..
tapi tak mallu ker dia
siap tnayer aku...tengahari ni ada nak pi mane2 ker
tujuan apa-kah dia bertanya-kan bagitu ya..kepada aku??
perghh... ader gak orang gini kat sini
demi duit manusia sanggup melakukan apa saja
atau
apakah dia sudah tersilap orang
dan untuk menutup kemaluan itu ( menegur orang yang salah)
dia terpaksa belagak cool... bersembang seperti telah lama mengenali aku??
konpius????
p/s:: dia meninggalkan aku ngan ngan 1001 persoalan...dan aku terpinga -pinga berusaha mengingati ..SiAPAKah dIa SebeNArNYA???

Thursday, April 24, 2008

KALAu tAK sUKA puLANGKAnnn.....

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya. "Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar. "Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka. "Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun."Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu. "Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut."Fail saya kat depan tu mana?""Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.""Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -"Saya nak ke out station minggu depan.""Lama?" Soal Laila."Dalam seminggu.""Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?" "Budak-budak? ""Ikut jugalah.""Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&""Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama. "Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!""Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?" Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur."Awak masak apa?""Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut. "Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!""Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan."Keluar!""Mama dah masak Pa!""Awak saja makan!""Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?" Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong."Laila.." serunya "Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba."Sunyi pulak rumah ni mak," "Lama-lama kau biasalah."Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat. ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya."Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu." "Tak ada lah?""Ingat papa ni cop duit?" Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan. "Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat. "Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya. "Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak. "Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan "Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka. ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!" "Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar. Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak. "Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila" ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?" "Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya."Ikut boleh?""Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami." "Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. ""Papa pesanlah..""Nantilah besar sikit." Dalihnya."Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.""Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.""Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?" Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya. "Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan."Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan," Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan. ......... ......


p/s:: hargailah mereka yang disekeliling kiter.. sedih aku baca cerita nih.. sob..sob..sob

Monday, April 21, 2008

ciTy..here i Comes..

ngee...
i'm really exited
waiting for the day next week
yeayyy....
welcome to my family..



p/s:: bye bye wjn.. we'll be missing u..

Friday, April 18, 2008

the reflection of the mirror

do-no-what -to-do..
on-friday-lunch-hour...
do-no-where-to-go
and here i am alone in the office


p/s:: kakakaka... please no comment.. i can not help it... luv to be gediks sumtime

from bandung to malaysia..


although the trip was cancelled
i got the souvenir from indonesia
ehehehe
ekceli i bought it la
but seriesly it from indonesia
ngeeee
i liikkeeeeee...... pink carer

p/s:: wondering what to buy for my bos... her birthday is coming on the way


hmm.. apo nah buek ..taik kambing bulat Bulat

the trip was cancelled
due to no-commitment-from-the-organiser
so..what to do..
butta they've plan to postponed it
to october.. maybe
as the visa due on November
erm.. i can't promise whether can join or not..
my hubby schedule was tight
until November...
p/s:: if i cant go...meaning you all cant go oso right?? its a group visa..... ermm .. so how ar???

yeay... no more ptK

Sistem Ptk akan dikaji....
yeay..
memang selama ni PTK tuh tak praktikal..
bagus la
at least buat la perubahan sikit...
tapi apasal plak naikkan umur persaraan
...elok elok 56 wajib bersara
nak naik 60
abes tuh kang bebudak muda ni nak kerja apa
....tapi kalo aku dah tua nanti ..aku pun tak nak dok umah
kerja dapat duit ehehehhe
p/s:: tapi aku rasa...takkan sampai tua aku nak kerja makan gaji cenggini...baik aku pikir
akhirat.... cam mak aku... tapi jangan plak dah tua sok jadi nenek kena jaga cucu plak..
anak dah lepas...cucu la plak..
...teringat citer kak noriah aka hajjah pasal dia, anak dan cucunyer ... aku rasa life aku cam dia jer plak

Wednesday, April 16, 2008

Baju Raya KU



wahh...belum apa apa
aku dah ada baju raya
bos aku belikan..
dia sponsor separuh jer belen aku setel la
tapi merasa gak pakai sutera mahal...
time kaseyy bos...

wah wah wahh.. bole ler belikan hubby ku itew kain baju melayu dier
dah jugek anak anak ku iteww...
preparation awal giteww
ngee ngee ngee



p/s:: hujan lebat bangat diluar sana..

Monday, April 14, 2008

BiLa budi Yang Baik Di BaLas Tuba

oleh sebab musabab teknikal
aku delete entry nih
takut bila ader musuh dalam selimut
gunting dalam lipatan
harapkan pagar pagar ..pagar tak leh harap
harap maklum...
ehehe


p/s:: buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali... maksudnyeh buat jahat jangan sekali jer...disyorkan 3-4 kali setahun...

tHE OnLY oNE MeDAL IN 29 yEARS




seronoknya
dapat medal
wlaupun bronze
yerla.... nama pun 3rd place kan
supposed dapat hari Jumaat hari tuh
sempena Penutup Sukan Staff
tapi oleh kerana aku cuti
Si sarimah kawen
tak dapek ar aku join

tapi syok plak
ehehheee
tahniah gak pada peserta perbarisan yang dapat 4th place
walaupun keputusan yang tidak adil
bila mana perkhidmatan mendapat 1st place
biarlah bak kata NIDJI
eheheh

Soalan soalan cepu emas.....

soalan yang agak mencabar kewibawaan aku...

SOALAN 1::
danial :: mama mama.. masa mama ngan abah kawen danial mana ma? sambil tangan menunjukkan gambar kawen aku dalam bilik yang tergantung
aku :: danial takder lagi, danial dalam perut
danial :: ooo.. kalau camtu baby kat mana??kat umah ibu ker
aku :: ( alamak.... apa nak jawab ni..) baby pun dalam perut gak la....
arghh bantai jer la
danial :: habis... mana muat dalam pelut.....
pelut tu perut la..

aku :: ??????

SOALAN 2::
danial :: mama mama kenapa kita kena berak dalam jamban?
aku :: ( aiyoyo apa punya soklan dia bagi nih) kalo tak berak kat jamban nak berak kat mana???
tapi nak gelak pun ader..tapi aku menten lagi
danial :: ooooo..... sakit jiwa aku nak jawab

SOALAN 3::
danial :: mama mama kenapa hari nih cuti sekolah ma?
aku :: hari ni sabtu..saturday.. memang lah cuti.. orang sekolah cuti, orang kerja pun cuti....
danial :: nape?? aik bukan aku dah jawab napa ker???
aku :: sebab memang cuti la ari nih... abang ni bila sekolah sibuk tanyer esok cuti ker ma esok cuti ker... bila dah cuti tanyer plak kenapa....
danial :: erm amar pun cuti ker? nabila? firdaus? farid? apesal tak tanyer nama sumer budak dalam kelas....
aku :: cuti la.. kan ker ari nih memang cuti
danial :: ooooo...

SOKLAN 4:: yang ni dia tanyer kat hubby aku....
danial :: abah.. napa abah ader bontot.... kah kah kah kah aku yang kat tepi geli hati jer nasib dia tak tanyer kat aku
abah :: kalo tak der bontot cemana nak berak???? kui kui kui
danial :: senyum tanpa soalan lanjutan...



p/s:: begitulah rutin aku hari hari menjawab soalan yang kengkadang aku sendiri tak tau apa nak jawab.. mencabar tol.... nak tipu kang tak elok,, nak cakap bebetul kang dia banyak tanyer lagi.....

Lagi Sekali.....!!!!ini dah kali ke 30 agaknya....

pagi nih
aku nak kuar dah 7.30..
keta buat hal lagi...
tak leh start lagi
sian syikin
...dah tunggu dah dia

antar bebudak dulu
merempit
pastu call parjo
aku sampai opis dalam 8.30 lah gitu
tensen jer
asik buat hal jer
memang kena beli baru la nih
.......



p/s:: bila lah agaknya masa itu akan tiba????

Tuesday, April 08, 2008

Bz..Bz..bz…

Dah seminggu kot aku tak menghapdet blog

Bz la.. bz ke malas..

Tapi memang bz..

Dengan audit nak datang nih

Memacam kena buat la

Doi..


 

Las week aku kursus

ILLustrator

Dis week kursus kedai foto plak photoshop dalam base orang putih

Banyak la plak ilmu yang aku dapat minggu ni n las week

Ermm..

Tu yang letih sikit pale otak

Hari ni ngan esok aku tak der la kat opis

Sebab kursus kan

Khamis will be back as usual

And Friday I'll be on leave kot

Sebab aku kena follow hubby pi tampin

Sebab si sarimah nih kawen

Ehehhe wei sarimah aku siap cuti tau masa ko kawen


 

So itu jer kot..

Aku ngantuk giler nih

Nak bantai tido jap sementara nak tunggu kol 2

Klas start balik kol 2…

Daaaaaa…


 


 

p/s:: Afundi Riz you all.. outkan mamat Salam tu… cam bagus jer sore pun sumbang

Wednesday, April 02, 2008

new hair cut... my handsome boy..


p/s:: his got chinese look.... vely the handsome boy...

karim n friends




p/s:: layan jer la..kakakkakaka
kreatif betul mamat nih...
huahahhauhuahuahhauhuahahahh